Top Menu
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Visitor Counter
Last Updated Date
Last Update: 09 May 2017  | 
Announcement
Peringatan
Posted on 12 Jan 2017

 

KUCHING, 12 Jan 2017 – Peringatan kepada pihak media dan orang awam khasnya pengguna media sosial di negeri ini harus berhati-hati dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai pemergian Ketua Menteri Sarawak Almarhum Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem.

Adalah amat mendukacitakan dan dikesali bahawa dalam keadaan Negeri Sarawak kehilangan pemimpin yang amat dihormati dan disegani, telah dicemari dengan berita-berita palsu termasuk mengaitkan Astana Negeri Sarawak dengan berita yang tidak berasas sama sekali.

Dalam keadaan ini, pihak media dan orang awam khususnya pengguna media sosial hendaklah perlu sedia maklum bahawa pelantikan Ketua Menteri termasuk secara pemangkuan perlu mengikut prosidur dan peraturan tertentu.

Pihak Astana Negeri Sarawak adalah berkecuali dalam proses pelantikan ini.