. 01/07
KLANG (June 30): The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has consented to the rebranding of Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu Campus in Sarawak as UPM Sarawak (UPMS). Sultan Sharafuddin said the rebranding was a strategic move by UPM to expand its role in conjunction with the university’s 50th anniversary in Sarawak. UPM was formerly known as Universiti Pertanian Malaysia. “I am very proud of this university’s achievements, not only as a centre of excellence in agriculture, forestry and food security, but also as a catalyst for national development, especially in Sarawak. It has become a competitive institution in the Borneo region and on the international stage. “I hope UPM’s efforts and commitment will continue in developing talent and expertise to advance the country’s socio-economic progress, particularly in Sarawak, through the UPM Food Security Blueprint that has been developed,” said His Royal Highness at the UPMS Proclamation Ceremony held here today. Sultan Sharafuddin was accompanied by the Tengku Permaisuri of Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Also present were Sarawak Yang Dipertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Higher Education Minister Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. In his speech, Abang Johari said the strengthening of UPMS aligns with the aspirations of the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030), particularly in the agriculture, forestry and renewable energy sectors. He said one of UPMS’s notable achievements is the implementation of the AgriHub@Gedong project, a strategic collaboration between the university and the Sarawak Premier’s Office. “This project aims to spearhead the transformation of padi cultivation activities in Lubok Punggor, Gedong, and marks an important starting point in efforts to develop Sarawak as a national-level high-impact padi production hub,” he said. Abang Johari added that, in line with Sarawak’s commitment to higher education and strategic research, the School of Veterinary and Animal Sciences (SVAS) will be established in collaboration with UPMS to support the state’s food security aspirations. He also expressed the state government’s commitment to providing funding to ensure the sustainability of SVAS, which will be the first model of its kind involving a partnership between the Sarawak government and a public university. “The establishment of this school will open up more opportunities for Sarawakian youth to pursue studies in veterinary science, thereby strengthening the sustainability of the livestock industry and improving animal health standards in Sarawak,” he said. – Bernama
. 25/06
KUCHING (June 23): The late Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang was the pillar of strength for her husband Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Governor Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said in a statement that Juma’ani supported Abang Johari’s political career spanning over 48 years. “In facing various challenges and demands of state leadership, she has always been an invaluable source of encouragement and support. “The English proverb states, ‘Behind every great man, there is a great woman’ – an expression that accurately describes her role of as the wife, friend, and loyal supporter of the Premier,” the Governor was quoted as saying in a press statement from Astana Negeri. He said Juma’ani was an active figure in the field of welfare, especially through her role as the president of The Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers of Sarawak (Sabati). Her contributions to empower charitable organisations and improve the well-being of the community were greatly appreciated and would always be remembered, he said. “The late Juma’ani is an example of a wife who is steadfast, responsible, and fully understands the trust and responsibility borne by her husband as the head of state leadership. “She has contributed directly to the harmony of the family and the stability of the state of Sarawak,” he stressed. He added Juma’ani’s passing is a great loss not only to his family but also the people of Sarawak. Wan Junaidi and his wife Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi also expressed their sadness and extended their condolences to the Premier. Juma’ani passed away early this morning at the Normah Medical Specialist Centre in Petra Jaya here at the age of 76.
. 24/06
KUCHING, 23 Jun – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi berkenan menghadiri Majlis Tahlil Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang, isteri kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di kediaman rasmi YAB Premier Sarawak malam tadi. Ketibaan TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan pada jam 6.40 petang disambut oleh YB Datuk Dr. Haji Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) bersama isteri, YBhg Datin Shanti; YB Datuk Dr. Annuar bin Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Encik Wan Mazehi Tuanku Haji Akil, Pegawai Tadbir Khas kepada YAB Premier Sarawak dan ahli-ahli keluarga. Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan surah Yasiin, bacaan tahlil dan seterusnya solat fardhu Isyak berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibul Fadilah Imam Besar Sarawak, YBhg. Dato Haji Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi. Turut hadir YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak dan isteri; Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain, Pengerusi SEDC; Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS dan Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak; Timbalan-Timbalan Menteri, YBhg. Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak; dan YA Dato Sri Saferi bin Haji Ali, Peguam Besar Negeri Sarawak. Turut serta juga Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, YB Dato Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN-ADUN, Ketua-ketua Jabatan Sarawak dan Persekutuan termasuklah YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBrs. Encik Dzulkornain bin Masron, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antrabangsa, Industri dan Pelabuhan Sarawak, YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Jabatan Tanah dan Survey Sarawak serta YBrs. Tuan Wan Mohamad bin Wan Drahman, Pengarah UNIONS serta Setiausaha-setiausaha Politik, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat sekitar kawasan Petra Jaya. Sebelum berangkat pulang, TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan berkenan menjamu jamuan makan malam yang telah disediakan dan seterusnya merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir. TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan mendoakan semoga YAB Premier Sarawak terus tabah dan bersabar dalam menerima ketentuanNya. Seluruh rakyat Sarawak juga turut sama berduka dan merasai kehilangan sosok yang disayangi semua. -TAMAT- Foto: Astana Negeri Sarawak
. 05/02
MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Bulan Sabit Merah (BSM) Miri pada hari ini. Lawatan itu bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut. Kedua-dua mereka turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa sebagai tanda solidariti serta memastikan kebajikan terpelihara. Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Karim Abdul Rahman Hamzah bersama Datin Sri Zuraini Jabbar, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut Adam Yii, Residen Miri Galong Luang, serta Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu. Seramai 105 penduduk daripada 25 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut. Rombongan turut menerima taklimat tentang keadaan semasa di PPS itu serta langkah-langkah bantuan dan perlindungan yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan mangsa. Dalam kejadian pada awal pagi Rabu, kejadian tanah runtuh tersebut telah memusnahkan dua buah rumah kediaman penduduk yang bersebelahan. Lima mangsa telah meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh itu.
. 25/03
KUCHING (Mar 25): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar has expressed appreciation for the role and commitment of the local media in providing continuous coverage of Astana Negeri Sarawak’s activities and programmes. In a post on his official Facebook account late last night, he emphasised that the media plays a vital role in ensuring the public receives accurate and balanced information, thereby fostering an informed society. He expressed hope that this close collaboration would continue to be strengthened, and that more events with local media partners would be held to further enhance the relationship between Astana Negeri Sarawak and the media. Wan Junaidi made these remarks after he and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hosted a Majlis Bersungkei (breaking of fast event) for members of the local media fraternity at Dewan Santapan, Surau Astana Negeri last night. The event served as a token of appreciation to the media for their crucial role in disseminating information to the public, particularly regarding Astana Negeri Sarawak’s activities and initiatives in the state. It also aimed to strengthen the relationship between Astana Negeri Sarawak and local media practitioners. The event began with an iftar ceremony, where guests enjoyed a light meal before Muslim attendees proceeded to perform Maghrib prayers. They were later treated to a dinner featuring local dishes. Following the meal, Wan Junaidi and Fauziah interacted and took photographs with the guests before joining them for Isyak and Tarawih prayers. Among those present were the State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and Datin Amar Baduyah Bujang, Sarawak Information Department director Helmy Hamid; Sarawak Broadcasting Department (RTM) director Wan Azhan Wan Hamat; Sarawak Public Communications Unit (Ukas) director Awang Putrayusrie Awang Rezuan; Sarawak Media Group chairwoman Dato Norhyati Ismail, and Sarawak Malay Economic Association president Bujang Sitam, representatives from Wacana Group, Kaki Lima Yong Hua Group and Kampung Pendam, Asajaya.
. 05/02
KUCHING (Jan 31): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar today paid his final respects to his fellow comrade in arms from the Royal Malaysia Police (PDRM), the late DSP (Rtd) Joneh Bidon, in Batu Kawa. According to a post on Wan Junaidi’s Facebook page, the late Joneh passed away at the age of 77, leaving behind his widow, Evelyn Kimson, aged 76, and five children. “The Governor and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, took time to express their condolences to the bereaved family. “They wished the family strength and resilience as they navigate this period of grief,” the post stated.
. 23/06
KUCHING, 21 Jun 2025 — Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah berkenan menghoskan satu Majlis Santapan Malam bagi meraikan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Hotel Hilton Kuching malam ini. Majlis penuh mesra dan berprotokol itu turut diserikan dengan kehadiran Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Berangkat sama menyertai majlis ialah putera dan puteri Baginda berdua, iaitu Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Tun Pehin Sri turut diiringi oleh anakanda-anakanda beliau bersama pasangan masing-masing, memeriahkan suasana kekeluargaan dan kenegaraan yang terpancar sepanjang majlis. Dalam suasana santai namun beradab, perbualan mesra antara tetamu kehormat menyentuh pelbagai aspek sejarah negeri Sarawak — termasuk zaman pemerintahan Dinasti Brooke, penjajahan British, serta perjalanan kemajuan Sarawak selepas merdeka. Turut dibincangkan ialah halatuju pembangunan negeri serta potensi kerjasama strategik antara Sarawak dan Negeri Perlis. Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam titahnya turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas layanan istimewa dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang lawatan Baginda ke Sarawak. Majlis santapan ini merupakan antara acara utama dalam rangka lawatan khas empat hari Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis ke Bumi Kenyalang, yang turut melibatkan program kebudayaan dan alam sekitar.
. 25/03
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam ini. Majlis Sungkei Anak Sarawak 2025, yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers. Majlis berbuka puasa itu dihadiri 1,400 jemputan, terdiri daripada anak Sarawak yang bekerja dan melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia serta rakan strategik kerajaan Sarawak. Turut hadir isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Selepas berbuka puasa, tetamu kehormat menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama jemputan yang hadir. Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan sumbangan duit raya kepada 50 penerima. Secara keseluruhan, penerima sumbangan terdiri daripada 475 pelajar, termasuk pelajar Kolej GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), institusi pengajian tinggi, serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak. Majlis berbuka puasa itu melabuhkan tirai dengan tetamu kehormat serta semua jemputan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih di dewan bangunan tersebut. Solat dipimpin sepenuhnya oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal. – TVS
. 23/06
KUCHING, 23 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas peranan penting beliau dalam mempelopori perubahan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menurut Anwar, ketegasan dan keberanian Tun Wan Junaidi dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak menjadi asas kukuh kepada usaha memperbetul dan menyeimbangkan semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri di Borneo. “Rakyat Sarawak bertuah memiliki TYT yang tegas dan komited dalam memperjuangkan hak negeri ini khususnya dalam hal-hal berkaitan MA63,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi. Anwar turut mengakui kejayaan pelaksanaan dasar negara tidak mungkin dicapai tanpa dukungan dan kerjasama erat daripada pemimpin serta rakyat Sarawak. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap kekuatan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di wilayah ini yang menjadi model terbaik untuk seluruh negara. “Inilah rahsia kejayaan kita, bukan sekadar menonjolkan perbezaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi meraikan kekayaan etnik serta budaya sebagai aset negara,” ujarnya. Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi pengalaman memperkenalkan perayaan Gawai dan budaya unik Sarawak kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak gergasi dunia, ConocoPhillips sebagai usaha memperkukuh imej Malaysia di mata dunia. “Saya berbangga memberitahu mereka bahawa inilah kekuatan sebenar Malaysia, kepelbagaian yang hidup dalam perpaduan,” jelasnya. Beliau turut menyeru semua pihak agar terus memupuk semangat muhibah dan tidak menjadikan perbezaan sebagai punca persengketaan sebaliknya sebagai sumber kekuatan dalam membina negara yang adil dan makmur.-TVS
. 10/04
KUCHING, 31 MAC – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama barisan kepimpinan negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak pada jam 10:30 pagi. Majlis yang penuh kemesraan ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. Turut hadir ialah YB Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Dato Doreen Mayang; YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Datin Amar Enn Ong Siok Ean; serta YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, bersama isteri, Dato’ Hajah Fatimah binti Haji Mohd. Iskandar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan serta Timbalan-Timbalan Menteri, yang bersama-sama menghayati semangat Aidilfitri dalam suasana penuh keakraban dan harmoni. -TAMAT- Foto: Astana Negeri Sarawak
. 29/04
KUCHING, 19 April – Her Most Gracious Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi today officiated the 2025 World Thinking Day celebration for Girl Guides, held at the Sarawak state level. The event was organized by the Girl Guides Association of Malaysia (PPM) Sarawak Branch. Upon her arrival in Kuching this morning, the wife of the Yang di-Pertua Negeri Sarawak immediately proceeded to the Sheraton Hotel to attend the event. Her arrival was warmly welcomed by the senior leadership of the Sarawak Branch of Girl Guides, including YBrs. Puan Ruth Sibat, Chief Commissioner of the Branch; YBhg. Datuk Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud, President; and YBrs. Puan Annie Sim, Deputy President of PPM Sarawak. This year's celebration carried the theme "Our Story," in line with the global World Thinking Day theme set by the World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS). The theme highlights the importance of nurturing young female leadership, strengthening unity, and inspiring the next generation with valuable lessons. During the joyous ceremony, YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi lit a candle alongside all the members, marking the official opening of the 2025 World Thinking Day celebration at the Sarawak level. Also present to enliven the occasion were YBrs. Encik John Lim Boon Beng, Chief Commissioner of the Sarawak Scouts; representatives from the Sarawak State Education Department; members of the Executive Board of PPM Sarawak; and over 200 Girl Guides from schools around Kuching, including SMK St. Mary, SMK St. Teresa, SK Matu Baru, and SMK Matang Jaya. YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi expressed her deep appreciation to all members of PPM Sarawak for their dedication and commitment in making this celebration a success. She hopes that the Sarawak Branch of PPM will continue to nurture high-quality, competitive, and resilient female leaders who contribute to the development of the state and the beloved nation. – END – Photo: Astana Negeri Sarawak
. 05/02
Kuala Lumpur: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi tadi. Turut menghadiri mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu adalah berkaitan taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, diikuti dengan perbincangan rasmi Majlis Mesyuarat Raja-Raja. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri serta Ketua-Ketua Menteri dari seluruh negara. Turut berangkat ke mesyuarat ini adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Pada masa yang sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat ke mesyuarat berkenaan. Selain Tun Wan Junaidi, ia juga menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam, dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi berkata beliau berharap agar institusi beraja terus menjadi payung kedaulatan negara yang mengukuhkan kestabilan serta keharmonian rakyat. “Saya juga berharap setiap keputusan yang dicapai dapat memperkukuh tadbir urus negara, membawa kemajuan serta manfaat berpanjangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini. Mesyuarat tersebut berlangsung dari 5 hingga 6 Febuari ini.