Top Menu
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Visitor Counter
You are visitor no
Last Updated Date
Last Update: 30 May 2020  | 
Announcement
PERUTUSAN HARI GAWAI 2020
Posted on 30 May 2020

 



TEKS PERUTUSAN GAWAI DAYAK 2020

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK,

TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD

 

TERLEBIH DAHULU, SAYA MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI KEPADA SEMUA RAKYAT DALAM NEGERI INI KHUSUSNYA MASYARAKAT DAYAK YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT IBAN, BIDAYUH, ORANG ULU DAN LAIN- LAINNYA YANG MERAIKAN PERAYAAN INI.   

 

PERAYAAN GAWAI DAYAK SEPERTI JUGA PERAYAAN-PERAYAAN LAIN IAITU HARI RAYA AIDILFITRI DAN TAHUN BARU CINA TELAHPUN MENJADI PERISTIWA MERIAH KEPADA SEMUA MASYARAKAT UNTUK MENYEDARI SEJAUH MANA KITA TELAH PUN BERJAYA MELAKSANAKAN SEMUA KAUM MERAI TEMASYA BUDAYA MEREKA TANPA MENJEJASKAN KEMAJUAN KAUM MASING-MASING.

 

NAMUN PADA KALI INI, KITA TERPAKSA MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK DALAM KEADAAN ATAU “ENVIRONMENT” YANG AMAT BERBEZA AKIBAT PENULARAN PENYAKIT CORONOVIRUS, COVID-19 YANG BUKAN SAJA MENULAR DALAM  SARAWAK DAN MALAYSIA TETAPI KE SELURUH DUNIA.  DI NEGARA KITA, MALAYSIA LEBIH DARIPADA 7,619 ORANG TELAH DIJANGKITI DAN HAMPIR 115 ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA.  DI SARAWAK, SERAMAI 552 ORANG TELAH DIJANGKITI OLEH WABAK INI. (Data kumulatif oleh KKM dan JPBNS pada 27 Mei 2020)**

 

OLEH KERANA PENYAKIT COVID-19 INI YANG SEDANG MELANDA NEGERI DAN NEGARA KITA AMAT CEPAT MEREBAK SEHINGGA DALAM MASA YANG SINGKAT BOLEH MENULAR KE SELURUH DUNIA, KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI TERPAKSA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM USAHA UNTUK MEMUTUSKAN RANTAIAN VIRUS CORONVIRUS INI DARIPADA TERUS MEREBAK DI KALANGAN RAKYAT KITA. 

 

OLEH ITU, RAKYAT HARUS AKUR DAN DIMINTA UNTUK TERUS DUDUK DI RUMAH DAN SEKIRANYA PERLU KELUAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ARAHAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). PASTIKAN SENTIASA MENGGUNA PENUTUP MULUT (FACE MASK), SARUNG TANGAN (HAND GLOVE) DAN MENGAMALKAN JARAK SOSIAL (SOCIAL DISTANCING) SEKURANG-KURANGNYA 1 METER.  SECARA UMUMNYA KITA MESTI MENGELAK TEMPAT YANG SESAK DAN KAWASAN YANG SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI.   

 

DENGAN KEADAAN SEKARANG KITA TERPAKSA MERAIKAN GAWAI DAYAK DALAM KEADAAN BARU ATAU SEPERTI YANG DIIKTIRAF OLEH DUNIA AS THE “NEW REALITY” YANG TELAH UJUD HASIL DARIPADA PENULARAN PENYAKIT COVID-19 INI.

 

SAYA PERCAYA CARA BARU KITA MERAIKAN GAWAI DAYAK MASIH BOLEH MENIMBULKAN KESEDARAN DI KALANGAN RAKYAT BAHAWA MASA HADAPAN KITA ADALAH TERIKAT BERSAMA TANPA MENGIRA BANGSA, KETURUNAN DAN AGAMA DALAM USAHA KITA MEMBAWA NEGERI SARAWAK KE ARAH KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN YANG LEBIH ADIL DAN SAKSAMA.

 

SESUNGGUHNYA KITA SEHARUS MERASA BANGGA DENGAN KEBOLEHAN KITA MENCAPAI TAHAP PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN HASIL DARIPADA KEBOLEHAN KITA MENJAGA PERPADUAN DAN HUBUNGAN YANG BEGITU BAIK DI ANTARA RAKYAT YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KUMPULAN ETNIK, KEPERCAYAAN AGAMA DAN LATARBELAKANG.

 

SAYA BERSYUKUR KERANA SECARA UMUMNYA USAHA KITA UNTUK MENGURANGKAN KEMISKINAN DI NEGERI SARAWAK SUDAH PUN MENURUN KEPADA 2.4 PERATUS.  INI BERERTI BAHAWA KAWASAN LUAR BANDAR TELAH DAPAT BERUBAH SUPAYA MEMBERI PARAS KEHIDUPAN YANG LEBIH LUMAYAN.

 

NAMUN BEGITU TERDAPAT JUGA ORANG YANG KETINGGALAN UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN BAIK. INI KERANA NEGERI KITA MEMPUNYAI PENDUDUK YANG BERSELERAK DI KAWASAN ULU-ULU DI TEMPAT YANG SUSAH DIHAMPIRI.  ADA DI KALANGAN MEREKA YANG MASIH LAGI MISKIN  DAN MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG KURANG  DARIPADA APA YANG KITA RANCANGKAN IAITU KURANG LEBIH RM800 SATU KELUARGA.  MEREKA INILAH YANG PALING SUSAH UNTUK DIBANTU KERANA MEREKA BERADA JAUH DAN TIDAK MENGERTI BAGAIMANA PEMBANGUNAN KERAJAAN BOLEH MEMBANTU MEREKA.

 

SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, HAMPIR 44% RAKYAT SARAWAK MASIH LAGI TINGGAL DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN KAWASAN PEDALAMAN YANG MEMPUNYAI POTENSI EKONOMI YANG BESAR UNTUK DIMAJUKAN BAGI FAEDAH RAKYAT. NAMUN DEMIKIAN, KAWASAN LUAR BANDAR SARAWAK DENGAN SAIZNYA YANG LUAS AMAT MEMERLUKAN INFRASTRUKTUR ASAS, AKSES KEPADA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN KESIHATAN.

 

OLEH ITU, KERAJAAN NEGERI MEMPUNYAI AGENDA PEMBANGUNAN BUKAN SAJA UNTUK MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI TAPI UNTUK MENJADI NEGERI PALING MAJU MENJELANG TAHUN 2030, INSYA ALLAH.

 

UNTUK ITU, KERAJAAN NEGERI SEDANG DAN AKAN TERUS MELAKSANAKAN BEBERAPA PROGRAM YANG KHUSUS UNTUK MENTRANSFORMASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR UNTUK MEMBAWA SARAWAK KEPADA TARAF YANG LEBIH MAJU DAN PROGRESIF UNTUK FAEDAH BERSAMA.

 

USAHA UNTUK MENTRANSFORMASI KAWASAN LUAR BANDAR SEDANG GIAT DILAKSANAKAN DENGAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SEPERTI JALAN RAYA, BEKALAN AIR, ELEKTRIK, KEMUDAHAN KESIHATAN DAN PENDIDIKAN. KEMUDAHAN ASAS INI AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENARIK AKTIVITI-AKTIVITI EKONOMI SEPERTI INDUSTRI ASAS TANI, PERLADANGAN KOMERSIAL DAN PELANCONGAN.

 

SELAIN DARIPADA ITU KERAJAAN JUGA TELAH MERANCANGKAN PEMBANGUNAN BEBERAPA BUAH PUSAT PERTUMBUHAN DESA ATAUPUN RURAL GROWTH CENTRE (RGC) SEBAGAI SALAH SATU STRATEGI UNTUK MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR. DALAM KONTEK INI, PENYEDIAAN KEMUDAHAN ASAS DI SETIAP RGC AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENYOKONG AKTIVITI EKONOMI DAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP RAKYAT.

 

TRANSFORMASI LUAR BANDAR JUGA MEMERLUKAN PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA. OLEH ITU, KERAJAAN SEDANG MEMBUAT INISIATIF UNTUK MENGGALAKKAN SEKTOR SWASTA UNTUK TURUT MELABUR DI KAWASAN LUAR BANDAR YANG TENTU SEKALI AKAN DAPAT MEMBANGUN POTENSI EKONOMI SEPERTI DI TANJUNG MANIS, BAKUN, MURUM, TUNOH, BARAM, SEMATAN DAN MERAPOK.

 

LANGKAH INI TENTU AKAN MEMBERI IMPAK YANG POSITIF KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN DARI SEGI PELUANG PERNIAGAAN DAN PEKERJAAN.  SAYA YAKIN TRANSFORMASI LUAR BANDAR AKAN MERAPATKAN JURANG PEMBANGUNAN DI ANTARA KAWASAN BANDAR DAN KAWASAN LUAR BANDAR.

 

WALAUPUN NEGARA KITA SUDAHPUN BERTAMBAH MAKMUR HASIL DARIPADA PEMBANGUNAN YANG BERTERUSAN, KITA BELUM LAGI MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KEKAYAAN YANG ADA DALAM NEGERI INI. SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, KEKAYAAN YANG PALING BESAR DI NEGERI INI IALAH TANAH YANG LUAS SEKALI DAN BIDANG PERTANIAN YANG BERKAITAN DENGANNYA. 

 

OLEH SEBAB ITU, KITA MESTILAH BERUSAHA MENCARI  USAHA BAGAIMANA TANAH SARAWAK YANG LUAS INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGUJUD BENTUK PEKERJAAN BARU, MEMPERBANYAKKAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN UNTUK RAKYAT KITA KHUSUSNYA MEREKA DI LUAR BANDAR.

 

KERAJAAN SUDAH MEMPUNYAI DASAR UNTUK MEMBINA  INDUSTRI-INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN YANG MEMPUNYAI PONTENSI BEGITU BESAR.  NAMUN BIDANG PERTANIAN MODEN MENUNTUTKAN KITA BERGERAK  DENGAN  MASA  DAN USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK  MENCARI JALAN DENGAN MANA KITA BOLEH MENGUSAHAKAN  LADANG ATAU KEBUN KITA DENGAN USAHA YANG LEBIH  STRATEGIK LAGI.

 

OLEH ITU, RAKYAT HARUS MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MEREBUT SEGALA PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN DAN PEKERJAAN YANG AKAN TIMBUL DARIPADA SEGALA PEMBANGUNAN INI.  NAMUN IANYA MEMERLUKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TERTENTU YANG MENUNTUTKAN RAKYAT, KHUSUSNYA GENERASI BARU, MENDAPAT PENDIDIKAN YANG BAIK LATIHAN YANG RELEVAN DALAM USAHA MENYIAPKAN DIRI UNTUK MENYAMBUT PELUANG-PELUANG TERSEBUT. 

 

NEGERI SARAWAK KHUSUSNYA KAWASAN TENGAH TELAH DIANUGERAHKAN DENGAN PELBAGAI KEKAYAAN SUMBER SEMULAJADI SEPERTI KELUASAN TANAH YANG SUBUR, HUTAN YANG KAYA DENGAN KAYU-KAYANNYA,  POTENSI HIDRO DARIPADA SUNGAI-SUNGAI DAN SIMPANAN ARANG BATU YANG BESAR YANG TERDAPAT DI BALINGIAN DI MUKAH DAN NANGA MERIT DI KAPIT.  

 

SARAWAK YANG TERMASYHOR DENGAN SUNGAI-SUNGAI YANG BESAR MEMPUNYAI POTENSI HIDRO YANG MELEBIHI 20,000 MEGAWATTS. POTENSI-POTENSI HIDRO JUGA TERDAPAT  DI ULU LIMBANG, ULU BARAM DAN  KAWASAN PENDALAMAN KAPIT. 

 

KERAJAAN NEGERI DENGAN KERJASAMA BOLEH MEMBUKA BEBERAPA KAWASAN YANG TELAHPUN DIKENALPASTI DI  BAHAGIAN-BAHAGIAN SAMARAHAN, SRI AMAN, SARIKEI, MUKAH DAN LIMBANG UNTUK PENANAMAN PADI SECARA COMMERCIAL DALAM USAHA MENAMBAHKAN PENGELUARAN PADI UNTUK MENCAPAI  TAHAP  MENCUKUPI ATAU “SELF SUFFICIENCY” BEKALAN DAN STOK BERAS  NEGARA.

 

SECARA UMUMNYA TIAP-TIAP PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIRANCANGKAN UNTUK NEGERI INI MENGAMBIL KIRA KEADAAN TEMPATAN YANG AGAK BERBEZAAN DARIPADA TEMPAT-TEMPAT LAIN DI SEMENANJUNG MALAYSIA. 

 

WALAUPUN KITA MEMPUNYAI SEJARAH PEMBANGUNAN YANG AGAK BERBEZA SEDIKIT NAMUN CITA-CITA KITA ADALAH UNTUK MENCAPAI TARAF PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG SAMA DENGAN SEMENANJUNG MALAYSIA SEJAJAR DENGAN PRINSIP SATU MALAYSIA.

 

SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM MASYARAKAT DAYAK, YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KUMPULAN ETNIK, YANG MEMPUNYAI ADAT RESAM MASING-MASING TENTU SEKALI DAPAT MEMAINKAN PERANAN YANG BEGITU BESAR SEKALI DALAM MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN SEBAGAI CIRI PENTING DALAM IMEJ NEGERI DAN NEGARA YANG TERCINTA.

 

KITA HARUS BERBANGGA KERANA KEHARMONIAN DAN KEDAMAIAN YANG DINIKMATI HARI INI ADALAH HASIL SIKAP TOLERANSI DAN SEMANGAT SALING PERCAYA-MEMPERCAYAI DI KALANGAN RAKYAT DARIPADA PELBAGAI SUKU KAUM, BUDAYA DAN AGAMA. KEUNIKAN INI ADALAH KEKUATAN NEGERI SARAWAK YANG MENJADI TUNJANG KEPADA PERPADUAN DAN KESTABILAN POLITIK DI NEGERI INI DAN PERLU DIPELIHARA SETERUSNYA.

 

SUASANA MUHIBBAH INI DAPAT DILIHAT MELALUI KERJASAMA RAPAT ANTARA SEMUA KAUM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL. SAYA BERHARAP PERPADUAN DAN SUASANA HARMONI RAKYAT SARAWAK AKAN TERUS KEKAL TEGUH DENGAN ACUANNYA TERSENDIRI INI.

 

“SELAMAT HARI GAWAI 2020,

GAYU GURU GERAI NYAMAI,

LANTANG SENANG, BERTUAH MELIMPAH OLEH UTAI”.

 

- TERIMA KASIH-