Top Menu
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Visitor Counter
You are visitor no
Last Updated Date
Last Update: 30 May 2020  | 
Announcement
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020
Posted on 23 May 2020




TEKS PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK,

TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD

 

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.


SYUKUR ALHAMDULILLAH, KITA RAFAKKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH RAHMAT DAN HIDAYAT-NYA, SEKALI LAGI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI WALAUPUN PADA TAHUN INI SAMBUTAN AIDILFITRI AGAK BERBEZA DARIPADA APA YANG KITA SERING BUAT.

MAKA DENGAN INI, SAYA MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKYAT DALAM NEGERI INI KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM SAMADA DARI MASYARAKAT MELAYU, CINA, IBAN, BIDAYUH, ORANG ULU DAN LAIN-LAINNYA YANG MERAIKAN SAMA-SAMA PERAYAAN INI. 

NAMUN PADA KALI INI, KITA TERPAKSA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DALAM KEADAAN YANG AMAT BERBEZA AKIBAT PENULARAN PENYAKIT CORONOVIRUS, COVID-19 YANG BUKAN SAJA MENULAR DALAM SARAWAK DAN MALAYSIA TETAPI KE SELURUH DUNIA.

OLEH KERANA PENYAKIT COVID-19 INI YANG SEDANG MELANDA NEGERI DAN NEGARA KITA AMAT CEPAT MEREBAK SEHINGGA DALAM MASA YANG SINGKAT BOLEH MENULAR KE SELURUH DUNIA, KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI TERPAKSA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM USAHA UNTUK MEMUTUSKAN RANTAIAN VIRUS CORONVIRUS INI DARIPADA TERUS MEREBAK DI KALANGAN RAKYAT KITA. 

OLEH ITU, RAKYAT HARUS AKUR DAN NASIHAT UNTUK TERUS DUDUK DI RUMAH DAN SEKIRANYA PERLU KELUAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ARAHAN DAN LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

KITA PERLU SENTIASA MENGGUNA PENUTUP MULUT (FACE MASK), SARUNG TANGAN (HAND GLOVE) DAN MENGAMALKAN JARAK SOSIAL (SOCIAL DISTANCING) SEKURANG-KURANGNYA 1 METER.  SECARA UMUMNYA, KITA MESTI MENGELAK TEMPAT YANG SESAK DAN KAWASAN YANG SIBUK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI.   

DENGAN KEADAAN DEMIKIAN, KITA TERPAKSA MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI SESUAI DENGAN KEADAAN BARU ATAU SEPERTI YANG DIIKTIRAF OLEH DUNIA AS THE “NEW REALITY” YANG TELAH UJUD AKIBAT DARIPADA PENULARAN PENYAKIT COVID-19 INI.

SAYA PERCAYA CARA KITA MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI  MEMERLUKAN KITA MEMPERELOKKAN CARA KITA BERSUKA RIA BERSAMA-SAMA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG      MENCAPAI BANYAK KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN.

SESUNGGUHNYA KITA SEHARUS MERASA BANGGA DENGAN KEBOLEHAN KITA MENCAPAI TAHAP PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG AMAT MEMBERANGSANGKAN HASIL DARIPADA KEBOLEHAN KITA MENJAGA PERPADUAN DAN HUBUNGAN YANG BEGITU BAIK DI ANTARA RAKYAT YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KUMPULAN ETNIK, KEPERCAYAAN AGAMA DAN LATARBELAKANG.

ALHAMDULILLAH, WALAUPUN ORANG ISLAM DI SARAWAK INI TERDIRI DARIPADA GOLONGAN MINORITI NAMUN PEMIMPIN ISLAM BERSAMA PEMIMPIN BUKAN ISLAM TELAH BEKERJASAMA MENTADBIRKAN NEGERI INI DENGAN CUKUP ADIL DAN SAKSAMA, SENANTIASA BERTOLERANSI DAN HORMAT MENGHORMATI.

BAGI MASYAKARAT ISLAM DI SARAWAK, PERKARA INI ADALAH SATU PEGANGAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR KERANA AJARAN AGAMA ISLAM MENGANJURKAN UNTUK MEMELIHARA KEBAJIKAN DAN HAK SEMUA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA SERTA ADAT RESAM.

SESUNGGUHNYA, DI DALAM AGAMA ISLAM, MASYARAKAT BUKAN ISLAM DIANGGAP SEBAGAI GOLONGAN ZIMLI IAITU ORANG YANG PATUT DIJAGA DAN TIDAK DIABAI SERTA DIPELIHARA SEMUA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN DENGAN CUKUP BAIK.

SELAIN ITU, KITA JUGA TELAH DAPAT SAMA-SAMA MENYAKSIKAN BAGAIMANA SARAWAK TELAH BANYAK BERUBAH DARIPADA NEGERI YANG PALING MUNDUR DALAM TAHUN 60-AN DAN 70-AN DAN KINI TELAH MENJADI NEGERI YANG PALING PROGRESIF DAN MAJU. PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI SARAWAK BUKAN SAJA MAKIN AKTIF DAN MODEN DALAM NEGARA BAHKAN DALAM RANTAU INI.

PADA SUATU KETIKA EKONOMI NEGERI SARAWAK MEMPUNYAI PER KAPITA RM4,000 SAJA DAN DEWASA INI TELAH MELONJAK KEPADA LEBIH RM40,000 IAITU LEBIH 10 KALI GANDA PERTAMBAHANNYA.  OLEH ITU MAKA KITA HARUS BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ATAS KEJAYAAN KITA MENGANGKAT TARAF HIDUP RAKYAT KITA KEPADA PARAS YANG LEBIH BAIK DAN MAKMUR LAGI.

SAYA PERCAYA SOKONGAN RAKYAT YANG PADU KEPADA PERJUANGAN KITA SELAMA INI AKAN TERUS KEKAL KEPADA KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN YAB DATUK PATINGGI ABANG HAJI ZOHARI BIN TUN OPENG SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KE-ENAM DENGAN SUATU HAKIKAT UNTUK MENYAMBUNG PERJUANGAN UNTUK MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DENGAN EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI. 

SELAIN DARIPADA ITU, SARAWAK MEMPUNYAI AGENDA PEMBANGUNAN BUKAN SAJA UNTUK MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI TAPI UNTUK MENJADI NEGERI YANG TERKAYA DAN TERPALING MAJU MENJELANG TAHUN 2030, INSYA ALLAH.

UNTUK ITU, YAB DATUK PATINGGI ABANG HAJI ZOHARI BIN TUN OPENG TELAH MELAKSANAKAN BEBERAPA PROGRAM YANG KHUSUS UNTUK MENTRANSFORMASIKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR YANG DAPAT MENYAMBUNG PERJUANGAN NEGERI UNTUK MEMBAWA SARAWAK KEPADA TARAF YANG LEBIH MAJU DAN PROGRESSIF UNTUK FAEDAH BERSAMA.

INILAH TANGGUNGJAWAB SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG MENGIKUT AJARAN ISLAM SEBENAR DAN BUKAN SEKADAR MENGIKUT RASA HATI ATAU MENGIKUT KEKUATAN KITA DALAM POLITIK.

SEORANG PEMIMPIN ISLAM SEDAR DIA MESTI ADIL DAN MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BERPANDU KEPADA AJARAN AGAMA UNTUK MEMASTIKAN SEMUA ORANG DI BAWAH JAGAANNYA TERJAGA DAN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN MEREKA TERJAMIN.

KITA BERSYUKUR KERANA RAMAI DI KALANGAN KITA TELAH DIBERI KEPERCAYAAN DI DALAM NEGERI INI UNTUK MEMIMPIN NEGERI DAN MASYARAKAT.  INILAH SATU KEHORMATAN BAGI KITA, NAMUN HARUS DIINGATKAN BAHAWA INI BUKAN SEKADAR PENGHORMATAN TETAPI SUATU TANGGUNGJAWAB YANG BERAT DAN MEMBAWA KEWAJIPAN UNTUK BERSIKAP SENTIASA ADIL DAN SENANTISA MEMERHATI HAK-HAK ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM JUGA.

USAHA HENDAKLAH DIPERTINGKATKAN LAGI UNTUK MEMBANTU RAKYAT DALAM GOLONGAN YANG BERPENDAPATAN RENDAH (LOW INCOME GROUP) SUPAYA MEREKA DAPAT MENGIKUT JEJAK LANGKAH MARA KE HADAPAN DENGAN KEMAJUAN NEGARA YANG SEMAKIN LEBIH MAJU.  KITA MESTI MENGELAK KEADAAN DI MANA ADA SEGOLONGAN RAKYAT YANG KEKAL KETINGGALAN DARIPADA ARUS PEMBANGUNAN. 

DALAM SOAL INI, SEGALA BANTUAN-BANTUAN BOLEH DIFOKUSKAN KEPADA ORANG YANG BERPENDAPAT RENDAH BUKAN SAJA KAUM BUMIPUTERA TETAPI KAUM BUKAN BUMIPUTERA JUGA DENGAN BERLANDASKAN KEPADA RANCANGAN LUAR BANDAR DAN DASAR  MENOLONG ORANG BUMIPUTERA YANG SEDIA ADA.

SECARA UMUMNYA KITA DAPAT NAMPAK PERSAMAAN KEADAAN EKONOMI DI ANTARA KAWASAN BANDAR DAN KAWASAN LUAR BANDAR.  MISALNYA KITA BOLEH LIHAT RUMAH DI KAWASAN LUAR BANDAR, KADANG-KADANGNYA MEMPUNYAI SATU ATAU DUA KENDERAAN SEPERTI JUGA RUMAH-RUMAH DI KAWASAN BANDAR.

PADA KESELURUHANNYA KITA DAPAT MELIHAT BAHAWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SARAWAK TELAH DAPAT MENIKMATI  BENTUK KEHIDUPAN YANG SEMAKIN SEHARI  SAMA RATA DENGAN  PENDUDUK  DALAM BANDAR.

MEMANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN BAHAWA KEJAYAAN KITA MENGURANGKAN PERBEZAAN DI ANTARA RAKYAT DI LUAR BANDAR DENGAN MEREKA DI KAWASAN DALAM BANDAR TERPULANG KEPADA RAKYAT ITU SENDIRI JUGA IAITU LEBIH KEUPAYAAN UNTUK BERUSAHA SENDIRI DAN MEMBUAT USAHA YANG LEBIH BANYAK LAGI UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN MEREKA.

DALAM SAMBUTAN HARI RAYA, MAKA SEMANGAT ITULAH HARUS KITA TUNJUK DENGAN RAKAN-RAKAN KITA YANG BUKAN ISLAM. SEBENARNYA SATU DARIPADA KELEBIHAN DI MALAYSIA INI IALAH ORANG YANG BERAGAMA DAN BERADAT LAIN DAPAT BEKERJASAMA DAN SAMA-SAMA MERAIKAN SAMBUTAN PERAYAAN YANG KITA DI MALAYSIA SAMBUT SEPERTI HARI RAYA AIDILFITRI INI.

DARIPADA ITU MAKA MUNCUL JUGA KESEDARAN DARIPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM KEPADA SIKAP ORANG ISLAM YANG SENANTIASA SEDAR TENTANG HAK DAN KEPENTINGAN ORANG LAIN DI BAWAH JAGAAN KITA.

SAYA MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT SEMUA KERANA TELAH SAMA-SAMA DAPAT MENGIKUTI RENTAK PEMBANGUNAN NEGERI INI DAN SENTIASA MEMBERI SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA KERAJAAN NEGERI KE ARAH MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN 2030.  

INILAH YANG SAYA INGIN INGATKAN SETIAP MASA KITA MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR DI DALAM NEGERI INI. OLEH SEBAB ITULAH MAKA HARI INI KITA BOLEH KATAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DALAM NEGERI INI DIUKURKAN BUKAN DENGAN HANYA KEBOLEHAN MEREKA BEKERJA TETAPI JUGA DENGAN ADANYA SEMANGAT TANGGUNGJAWAB DAN KEPRIHATINAN MEREKA KEPADA SEMUA KAUM.

KITA HARUS BERBANGGA KERANA KEHARMONIAN DAN KEDAMAIAN YANG DINIKMATI HARI INI ADALAH HASIL SIKAP TOLERANSI DAN SEMANGAT SALING PERCAYA-MEMPERCAYAI DI KALANGAN RAKYAT DARIPADA PELBAGAI SUKU KAUM, BUDAYA DAN AGAMA. KEUNIKAN INI ADALAH KEKUATAN NEGERI SARAWAK YANG MENJADI TUNJANG KEPADA PERPADUAN DAN KESTABILAN POLITIK DI NEGERI INI DAN PERLU DIPELIHARA SETERUSNYA.

SUASANA MUHIBBAH INI DAPAT DILIHAT MELALUI KERJASAMA RAPAT ANTARA SEMUA KAUM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL. SAYA BERHARAP PERPADUAN DAN SUASANA HARMONI RAKYAT SARAWAK AKAN TERUS KEKAL TEGUH DENGAN ACUANNYA TERSENDIRI INI.

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA KITA SEMUA.



 

TEKS PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK, TUN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD (RECORDING BY RTM)