. 11/10
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bukan sahaja Ketua wilayah tetapi juga lambang perpaduan bagi seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Wan Junaidi merupakan tokoh penyatu yang unggul dan figura kebapaan kepada seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama. “Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari tahun 2015 hingga 2018, beliau telah membantu dalam pembinaan kuil dan gereja di kawasannya. (Dan) pada 4 Mac tahun ini, beliau telah menjemput semua ketua agama ke Majlis Bersungkei bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi Tahun 2025 yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak. “Seterusnya, pada 31 Mac 2025, Tun telah menerima kunjungan delegasi daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bersama Ketua-Ketua Agama Lain semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau yang turut diadakan di Astana Negeri Sarawak,” katanya memetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di sini, malam Jumaat. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut hadir dalam majlis yang menghimpunkan masyarakat berbilang kaum, menyerlahkan perpaduan rakyat di Sarawak. Menurut Abang Johari, usaha ini mencerminkan keprihatinan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi untuk menyantuni rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Sarawak. Tambah beliau, sikap kesederhanaan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah amat terserlah apabila tanpa segan mengunjungi pasar-pasar dan menikmati sarapan di kopitiam Cina untuk beramah mesra dengan rakyat biasa. “Beliau menunjukkan sifat rendah diri yang tinggi walaupun memegang jawatan tertinggi dan respons daripada rakyat mengenai sikap baik hati beliau amat positif dan mengagumkan,” tambah beliau lagi. Majlis pada malam itu menyaksikan ketua-ketua agama yang terdiri daripada Agama Hindu, Agama Sikh, Agama Tao, Agama Buddhist, Agama Kristian dan Agama Baha’i menitipkan doa mengikut kepercayaan masing-masing kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi khususnya, serta kemakmuran Sarawak secara amnya. Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Pengarah UNIFOR Dato Georgina Apphia Ngau, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Agama serta dif kenamaan yang lain.
. 13/10
PERJUANGAN Sarawak untuk mengembalikan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak mungkin sampai ke tahap sekarang tanpa keberanian dan ketegasan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ia khususnya kejayaan beliau ketika menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUndang), dengan majoriti lebih dua pertiga untuk kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) yang meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021 seterusnya diwartakan pada 11 Februari 2022. Dengan itu, segala hak serta tuntutan Sarawak dan Sabah menjadi sebahagian Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian, disiplin dan ketegasan Tun Wan Junaidi menjadi pemangkin utama perubahan besar berkaitan MA63, memperbetul semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan wilayah di Borneo. “Tun Wan Junaidi bukan sekadar simbol negeri. Beliau pejuang yang berani memperjuangkan hak Sarawak ketika berada dalam Kabinet Persekutuan. Ketegasan dan keberanian beliau menjadi asas kukuh kepada kejayaan kita hari ini. Komitmen beliau memberi kekuatan kepada kita melangkah lebih jauh memastikan hak-hak Sarawak dipertahan serta dilaksanakan dengan adil,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Pindaan itu menyaksikan MA63 diletakkan setaraf dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957. Dengan itu, kerajaan kini boleh merujuk kepada semua janji yang dibuat pada 1963 secara terperinci dan dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang merupakan kajian mendalam Laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak. Kejayaan itu memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sarawak dan Sabah apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. Pindaan dilulus setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 200 ahli parlimen menyokong, manakala 20 orang tidak hadir bagi bacaan kali kedua, seterusnya mendapat sokongan 199 ahli parlimen dengan 21 orang tidak hadir pada undi belah bahagian untuk bacaan kali ketiga. Menurut Anwar, Tun Wan Junaidi tidak pernah berganjak daripada prinsip memperjuangkan hak Sarawak. Sikap konsisten itu membawa kejayaan dan menjadi asas kukuh memperbetul serta menyeimbangkan semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Beliau bukan sahaja memahami sejarah negeri, malah berani memperjuangkannya di peringkat tertinggi. Komitmen beliau memberi kekuatan kepada kita untuk melangkah lebih jauh memastikan hak-hak Sarawak terus dipertahan dan dilaksanakan dengan adil. “Peranan beliau sebagai pendesak tuntutan MA63 dari dalam ketika menjawat jawatan menteri dalam Kerajaan Persekutuan dahulu amat penting dan kini diteruskan dalam kapasiti beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya.
. 13/10
KUCHING: Kerajaan Sarawak menzahirkan penghargaan terhadap segala pengorbanan dan perjuangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam memperjuangkan hak serta kedaulatan negeri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Wan Junaidi merupakan anak jati Sarawak yang telah menabur jasa besar kepada negeri ini. “Dari awal penglibatan dalam pasukan keselamatan, Tun Wan Junadi telah memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan Sarawak. “Malah, pada era ini, Tun Wan Junaidi sekali lagi tampil di barisan hadapan dalam perjuangan demi Sarawak Ibu Pertiwi untuk mempertahankan status Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Bagi pihak rakyat jelata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan dan perjuangan Tun Wan Junaidi dalam memastikan Sarawak terus dihormati dalam Malaysia serta memiliki hak dan kedaulatan tersendiri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir Ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Padang Merdeka di sini, hari ini. Abang Johari menambah, pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Ketua Negeri mencerminkan kecekalan dan kebijaksanaan kepimpinan beliau dalam memastikan maruah dan kedaulatan Sarawak kekal terpelihara dalam sistem pemerintahan berasaskan konsep federalisme. “Justeru, sempena hari yang cukup bermakna ini kepada Sarawak, saya dan rakyat sekalian berdoa agar Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, terus dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta menjadi payung perpaduan kepada seluruh rakyat Bumi Kenyalang,” katanya. Menurut Abang Johari, sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang diadakan setiap tahun adalah tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap peranan besar Ketua Negeri sebagai lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negeri. “Semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa, kaum, agama atau pegangan politik perlu menjunjung tinggi kedudukan dan peranan Yang di-Pertua Negeri sebagai kuasa penyatuan yang kukuh kerana itu tunjang kepada pembangunan dan keharmonian Sarawak selama ini,” jelasnya. Sementara itu, Abang Johari memaklumkan Sarawak telah berkembang maju dengan hala tuju yang jelas sejak Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerajui tampuk pentadbiran negeri ini. Katanya, ia diperkukuh lagi melalui perlaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang menitik beratkan pembangunan hijau, lestari dan berteraskan inovasi bagi mengangkat status Sarawak untuk menjadi sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. Apatah lagi, ujar beliau, sejak tahun 2017, Sarawak telah membuktikan keupayaannya mencapai prestasi pembangunan yang memberangsangkan. “Hasil wilayah meningkat lebih dua kali ganda daripada RM6 bilion kepada RM14.2 bilion pada tahun lepas, sekali gus mencerminkan keberkesanan pengurusan fiskal dan ekonomi Sarawak. “Manakala bajet tahunan Sarawak berjumlah RM15.8 bilion pada tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah kita. “Peningkatan hasil dan bajet ini membuktikan bahawa ekonomi Sarawak berada pada landasan kukuh serta berkeupayaan membiayai lebih banyak program pembangunan di seluruh Sarawak. (Dan) dengan kerjasama semua pihak, Insya-Allah, momentum pertumbuhan ini akan terus dikekalkan,” tegas beliau. Abang Johari berkata, pendapatan Sarawak yang terus meningkat ini dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan pelbagai projek pembangunan,khususnya dalam penyediaan infrastruktur, bekalan elektrik dan air bersih dan pembangunan bakat. Beliau dalam pada itu turut menegaskan kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh autonomi Sarawak dengan merangka dasar pembangunan mengikut keperluan semasa seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan pembangunan modal insan selain memperkasa bidang penting seperti pendidikan dan kesihatan, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Hasil perjuangan ini, Sarawak kini mempunyai kuasa kawal selia ke atas gas petroleum cecair (LPG), salah satu sumber penting dalam sektor tenaga. Melalui syarikat milik kerajaan, PETROS, kita kini berupaya menguruskan sumber tenaga sendiri. “Kita juga telah berjaya mengangkat Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk diiktiraf sebagai jabatan teknikal, membolehkan pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada agensi persekutuan,” ujarnya. Sehubungan itu, Abang Johari yakin dengan pengembalian semula pelbagai autonomi tersebut, Sarawak akan terus memacu pembangunan inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
. 13/10
“TUN Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempunyai hati yang besar dan gemar membantu orang. Jika tidak berpeluang berbuat demikian, beliau akan berasa terbeban hingga memikirkannya sepanjang malam.” “Malah, selepas bersara dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap, beliau tetap menghulurkan bantuan setiap kali ada yang datang meminta pertolongan,” kata Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, memulakan cerita tentang lelaki yang dipilih takdir untuk memikul gelaran Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Beliau menggambarkan suaminya, sebagai seorang yang memandang dunia dengan tatapan yang tegas dan berdisiplin, namun di sisi lain, jiwanya lembut dan mudah tersentuh. “Tun sangat pemurah, tidak pernah kedekut dengan duit. Pemurah bukan hanya kepada keluarga, tetapi juga kepada sesiapa yang memerlukan. Gaji yang diterima, sebahagiannya akan diasingkan untuk mereka yang kurang bernasib baik. “Ada satu peristiwa masih saya ingat sehingga kini apabila ada ahli keluarga minta pertolongan sebanyak RM1,800 untuk persekolahan anaknya. Seperti biasa, Tun menyerahkan telefon bimbit kepada saya untuk melakukan pemindahan wang dalam talian,” katanya membuka cerita. HIDUP YANG SEDERHANA Saat membuka akaun bank suaminya, Toh Puan Fauziah, terkejut kerana baki simpanan yang tinggal hanya RM5,800. “Saya bertanya kepada Tun dan memaklumkan jumlah wangnya yang tinggal. Reaksi mukanya berkerut, bertanya ke mana perginya simpanan itu? Sedangkan beliau memang suka menghulur tanpa mengira sesiapa dan tempat. ”Namun, keputusan Tun tidak berubah. Beliau tetap menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan. Walaupun jumlah yang diberi kurang sedikit daripada yang diminta,” ujarnya. Bahkan cerita Toh Puan Fauziah, contoh lain bagaimana suaminya begitu sering menderma apabila setiap pagi sebelum ke pasar, negarawan itu akan mencari wang kertas RM10, RM20 dan RM50. Bukan untuk membeli, tetapi untuk diberikan. Jika sifat pemurah mencerminkan hati Tun Wan Junaidi, maka disiplin adalah nafas hidupnya. Toh Puan Fauziah memberitahu suaminya sangat mementingkan ketepatan masa. “Jam 11.30 malam, mesti tidur. Jam 5.30 pagi, bangun untuk solat subuh. Selepas solat, beliau akan membalas setiap mesej WhatsApp satu per satu, kadang-kadang sehingga 70 mesej sehari sebelum bersarapan. “Disiplin itu sampai ke almari. Baju kemeja mesti disusun mengikut warna, semua menghadap ke depan; seluar mesti sehala. “Namun syukur itu bukan masalah bagi saya kerana ketika bekerja sebagai pramugari dahulu, saya juga berdisiplin. Lama-kelamaan saya belajar menyesuaikan diri dan akhirnya saya tahu apa-apa yang beliau suka dan tidak suka,” imbasnya. Ada humor yang halus dalam keterikatan itu. Sewaktu awal perkahwinan, Toh Puan Fauziah mengimbas bagaimana situasi ketika itu apabila beliau sendiri sudah berhenti kerja dan pada masa yang sama Tun Wan Junaidi pula sudah bersara. “Kami tiada pendapatan tetap sedangkan kos perbelanjaan bulanan Tun agak tinggi. Saya pernah berkata saya boleh kembali bekerja. “Tetapi Tun menjawab — tidak, you tidak boleh bekerja lagi. Perasaan bimbang membuat saya bertanya bagaimana dengan duit? “Tun tersenyum dan berkata, tidak pernah ada perempuan bertanya sama ada saya ada duit atau tidak,” ceritanya. I LOVE YOU Mengakui suaminya bukan seorang yang menzahirkan kasih sayang dengan perkataan, namun ia hadir melalui perbuatan. “Beliau jarang mengucapkan I love you tetapi kasihnya sentiasa jelas melalui perbuatan. Sebagai contoh pada hari ulang tahun perkahwinan Sharifah NongJasima. “Tun menekankan keluarga mesti diutamakan. Semua program pada hari itu mesti dibatalkan untuk kami bersama-sama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. “Begitu juga dengan tarikh penting seperti hari lahir, ulang tahun, semuanya sentiasa beliau catatkan dalam telefon. Tidak pernah lupa,” katanya. Mungkin daripada luaran, ramai yang melihat Tun Wan Junaidi sebagai pemimpin yang garang dengan tubuh tegap dan wajah yang serius. Namun untuk yang mengenalinya, mereka faham betapa besar hatinya. “Baginya, gelaran dan kejayaan politik hanyalah sebahagian kecil daripada diri. Yang lebih meninggalkan kesan ialah hati yang pemurah, disiplin yang tegas tetapi lembut serta perhatian yang tulus terhadap keluarga dan masyarakat,” ujarnya. Hidup sebagai suami isteri mengajar Toh Puan Fauziah tentang lakaran kasih yang tidak bersyarat, terus memberi meskipun baki tinggal sedikit, menjaga meskipun tidak diminta, menegur tanpa merendahkan, menyayangi tanpa perlu mengulang-ulang kata. “Hatinya mudah tersentuh. Saya melihat sendiri bagaimana setiap hari beliau mencari alasan untuk berbuat baik. Saya tahu, selagi terdaya beliau akan terus membantu. Begitulah Tun,” katanya lagi. Di mata orang ramai, Tun Wan Junaidi mungkin seorang negarawan, tetapi sebenarnya beliau lebih daripada itu. Beliau tidak menjanjikan bulan dan bintang. Namun memberikan yang diberi lebih bernilai — rasa dihargai, dilindungi dan disayangi dengan cara paling tulus. Dan, di situlah letak makna sebenar tajuk ini — pemimpin berjiwa besar. Luas kerana sentiasa ada ruang untuk orang lain, dalam wang ringgit yang diasingkan, dalam waktu yang dipenuhkan dalam hidup yang diluruskan oleh disiplin dan dilembutkan oleh kasih. Dan kita pun mengerti, ada pemimpin yang mengangkat negeri dengan pidato, ada juga yang mengangkatnya dengan tangan yang memberi dan hati yang tidak penat mencintai. Tun Wan Junaidi, dalam kedua-duanya, berdiri senyap, namun teguh mengalirkan makna Sarawak bukan hanya pada peta, tetapi pada jiwa.
. 12/10
KUCHING: Alunan lagu klasik Melayu dan persembahan zapin mewarnai malam sambutan hari kelahiran ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menyerlahkan warisan budaya negeri yang menjadi identiti rakyat negeri ini. Lebih daripada sekadar sambutan hari lahir, majlis yang berlangsung di DUN Sarawak malam tadi menjadi penghargaan terhadap perjalanan hidup seorang pemimpin yang gigih memperjuangkan hak negeri, menegakkan keadilan dan memperkukuh kedudukan Bumi Kenyalang di persada Malaysia, khususnya melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi disambut Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anakanda beliau, Dayang Norjihan. Malam itu dimulakan dengan persembahan lagu-lagu klasik Melayu seperti Rindu Lukisan, Wajahmu di Mana-Mana dan Sepanjang Jalan Kenangan. Gerak tari zapin oleh Majlis Seni Sarawak menambah dimensi budaya yang memikat, seolah-olah menceritakan kisah negeri dan rakyatnya melalui setiap langkah dan irama. Bacaan doa oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, mengiringi majlis bagi memohon kesejahteraan dan keberkatan buat Yang di-Pertua Negeri, seorang tokoh yang dikenali kerana sifatnya yang merendah diri dan dedikasi tanpa henti kepada rakyat. Acara kemuncak apabila Tun Wan Junaidi memotong kek ulang tahun ke-79, diiringi nyanyian Allah Selamatkan Kamu. Tepukan gemuruh memenuhi dewan ketika tayangan video khas memaparkan perjalanan hidup beliau, daripada anak kampung kepada negarawan disegani yang meninggalkan legasi besar di Sarawak. Video itu turut menyorot jasa besar beliau dalam memperkukuh institusi kenegaraan, memperjuangkan hak Sarawak dan memartabatkan nilai integriti dalam pentadbiran awam — satu pengiktirafan kepada pemimpin yang berbakti sepenuh hati demi negeri. Kemeriahan diteruskan dengan persembahan artis tempatan seperti Bob Yusuf, Jali, Nur Hijrah Yahya dan Mal Imran yang mendendangkan lagu-lagu bertemakan kasih, perpaduan dan kebanggaan terhadap negeri, menambah kehangatan dan keseronokan malam itu. Menjelang penghujung majlis, langit Kuching bertukar gemerlapan dengan bunga api berwarna-warni, mencipta momen indah yang mengakhiri sambutan dalam suasana penuh hormat, makna dan kemeriahan, meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.
. 11/10
KUCHING: Leaders across Sarawak conveyed their warm greetings and heartfelt wishes in conjunction with the official birthday of the Head of State, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. In their messages, they praised Wan Junaidi’s wisdom, steadfast leadership, and role as a unifying figure who has guided the state with dignity, harmony and stability. They further expressed gratitude for his vision and contributions, both in public service and in nurturing future leaders. The leaders also prayed for his continued good health, longevity and strength to carry out his noble duties, while affirming their admiration for his dedication in propelling Sarawak towards lasting peace, unity and prosperity. Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Sri Aman Member of Parliament “On the joyous occasion of the official birthday of Tuan Yang Terutama Tun, I extend my heartfelt congratulations and best wishes. May His Excellency Tun be blessed with good health, longevity and continued wisdom in leading and propelling Sarawak towards peace, unity and prosperity.” Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Deputy Minister in the Premier’s Department (Project Coordinator for Regional Development Agencies, Kuching North City Commission, and Islamic Affairs) “On the occasion of the birthday of Tuan Yang Terutama Tun, I wish to extend my warmest congratulations and heartfelt best wishes to His Excellency. As the Head of State of Sarawak, Tun has been a steadfast symbol of unity, harmony and stability for all Sarawakians. His wise leadership and dignified presence continue to inspire the people across the state, fostering mutual respect among the diverse communities that make Sarawak unique. We pray that Allah will bless His Excellency with good health, longevity and continued strength to fulfill his noble duties.” Datuk Gerawat Gala, Deputy Minister in the Premier’s Department (Labour, Immigration, and Project Monitoring) “On behalf of our Orang Ulu community, I wish to extend our deepest thanks and highest appreciation to our Tuan Yang Terutama, Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, on the occasion of his official birthday. May the Almighty continue to bless Tun and Toh Puan with good health, happiness and long life to remain as the bastion for peace, unity and prosperity for our beloved State of Sarawak and all Sarawakians, regardless of background, culture and belief.” Wilfred Yap, Kota Sentosa Assemblyman “On the occasion of the official birthday of Tun, I wish to extend my warmest congratulations and best wishes. Having had the privilege to once serve alongside Tun as his legal assistant and subsequently a partner in Wan Junaidi & Co. Advocates, a firm he founded with great vision, I have always admired his dedication, wisdom and leadership. As the current assemblyman for Kota Sentosa, I remain deeply grateful for Tun’s immense guidance which has shaped my journey in both the legal and public service fields. May Tun be blessed with continued good health, happiness and strength to serve with distinction.”
. 14/09
WHEN the Federal Constitution was amended in February 2022 to finally acknowledge the Malaysia Agreement 1963 (MA63), Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar knew he had achieved something that generations before him had fought for. As the Law Minister at the time, he became the architect who secured Sarawak and Sabah’s rightful place within Malaysia’s legal framework. “It took 58 years, but finally, on February 11, 2022, MA63 was recognised in the Constitution. “For the first time, Sarawak and Sabah’s rights had a constitutional footing,” he recalled. In an exclusive interview with Sarawak Tribune, Wan Junaidi said that this was not just a legal triumph, but it was the culmination of a lifetime of struggle. To him, the story of Malaysia’s formation, neglect, and eventual revival can only be understood by confronting how MA63 had long been “left in the shadows”. Forgotten in the Constitution Wan Junaidi has often reminded audiences that history is built on treaties. “History was written through treaties and agreements. The Pangkor Agreement of 1874, the Straits Settlements Agreement, the 1948 Federation Agreement, and the 1957 Merdeka Agreement were all acknowledged in our Constitution. “But MA63, despite being the cornerstone of our federation, was not recognised. It was left in the shadows,” he explained. That omission would haunt Sarawak and Sabah for decades. Their rights, promised at the time of Malaysia’s formation, were steadily eroded by federal laws that ignored the spirit of 1963. For Wan Junaidi, understanding how this neglect happened meant tracing the origins of MA63 itself. Britain’s urgent exit and the push for Malaysia The roots of MA63 lay not in Malaya’s vision but in Britain’s haste to decolonise after World War II. Malaya at the time was a patchwork of arrangements: the Federated Malay States, the Unfederated States, and the Straits Settlements. Britain’s first attempt to centralise them, the Malayan Union of 1946, collapsed under Malay resistance. It was replaced by the Federation of Malaya in 1948, which restored the rulers’ powers and paved the way for independence in 1957. At that point, Tunku Abdul Rahman was content with a compact federation of eleven states. “Tunku Abdul Rahman never dreamt of Malaysia until the British persuaded him, because Britain wanted a safe exit from its colonies,” Wan Junaidi said. The Cold War sharpened British anxieties. Singapore was volatile under Lee Kuan Yew, with communist influence on the rise. “The British told Tunku: if you don’t take Singapore, you will have a Cuba at your doorstep. “At first, Tunku was reluctant, but later he realised that Singapore alone would destabilise the Malay majority. “That is why Sarawak, Sabah, and Brunei had to be included, to balance the numbers,” he added. Testing public opinion: The Cobbold Commission The Malaysia proposal triggered a series of steps. Tunku’s 1961 luncheon speech signalled his interest, followed by the Malaysia Solidarity Consultative Committee in 1962, and then the Cobbold Commission to gauge public sentiment in Sarawak and North Borneo. The findings were far from unanimous. The Malay community largely supported Malaysia, seeing it as the path to independence. Many Dayaks were hesitant, preferring continued British rule until they were better prepared. The Chinese were divided: the elite groups leaned towards Malaysia, while the leftist and communist elements opposed it. “It was the Kapit Resolution of 1962, led by Temenggong Jugah, that swayed the Dayaks to support Malaysia. “Without that resolution, Malaysia might never have materialised,” he said. The Inter-Governmental Committee and safeguards To formalise the terms, the Inter-Governmental Committee (IGC) was set up under Lord Lansdowne (UK) and Tun Abdul Razak (Malaya), with Sarawak, North Borneo, and Singapore at the table. Brunei observed but later withdrew. Five sub-committees: constitutional, fiscal, legal and judicial, public service, and departmental organisation, produced the framework for Malaysia. Out of this came the draft Malaysia Agreement, the UK and Malaya Malaysia Acts, state constitutions for Sarawak, Sabah, and Singapore, and, critically, immigration safeguards granting Sarawak and Sabah control over entry. Wan Junaidi explained why this process was flawed. “The IGC did not create a new constitution for Malaysia. Instead, it amended the Federal Constitution of Malaya in 1957, but in doing so, it flawed the process by effectively placing Malaysia within the framework of a constitution drafted for Malaya in 1957, when the federation of Malaysia did not yet exist,” he said. That decision, he added, was critical because earlier agreements were entrenched in the 1957 Constitution, while the Malaysia Agreement 1963 (MA63) was not. “This omission left Sarawak and Sabah exposed to decades of neglect and dereliction, as the safeguards promised under MA63 were never constitutionally entrenched. “This historical misstep has had lasting consequences for both states, which have spent decades seeking to reclaim rights that were supposed to have been protected from the start,” Wan Junaidi stressed. Signing Malaysia into existence On July 9, 1963, the MA63 was signed in London by Britain, Malaya, Sarawak, North Borneo, and Singapore. Brunei opted out after its 1962 rebellion. Malaysia was scheduled for August 31, 1963, but objections from Indonesia and the Philippines delayed it. The UN, under U Thant, was tasked to confirm public support. “It was only after the Manila Summit and the UN’s endorsement that Malaysia Day was shifted to 16 September 1963,” Wan Junaidi recalled. Finally, at midnight on September 15, 1963, the Queen of Great Britain relinquished sovereignty and jurisdiction. Then, at dawn the next day, Malaysia was born. Misconceptions of Independence One of the enduring myths is that Sarawak achieved independence on July 22, 1963. Wan Junaidi has consistently corrected this. “We must be clear. Sarawak never achieved independence on July 22. That was only self-government. “Independence came when the Queen finally relinquished sovereignty and jurisdiction on 16 September 1963,” he explained. For him, clarity on this point is vital because misinterpretations of history have too often been used to dilute Sarawak’s actual legal standing within Malaysia. The erosion of rights Though MA63 promised safeguards, the lack of constitutional entrenchment left Sarawak and Sabah’s rights vulnerable. Over time, federal laws steadily eroded one after another of those guaranteed rights The Petroleum Development Act 1974 and Emergency laws centralised control of oil and gas under PETRONAS. The Territorial Sea Act 2012 narrowed maritime rights. Encroachments spread into education, healthcare, and governance. “Because MA63 was not entrenched in the Constitution, Parliament after Parliament passed laws that undermined Sarawak’s rights. “Oil, gas, and even our territorial waters were taken away,” Wan Junaidi lamented. Decades of silence, then a revival For much of the late 20th century, MA63 was politically dormant. Successive Prime Ministers paid lip service, while rural Sarawak remained underdeveloped. The revival began with the late Tan Sri Adenan Satem in 2016, who boldly raised MA63 with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. After GE14 in 2018, Pakatan Harapan promised reforms but focused narrowly on restoring Article 1(2) to its original 1963 wording. The real breakthrough, however, came when Wan Junaidi assumed the role of Law Minister in 2021. He spearheaded constitutional amendments that, for the first time, inserted explicit recognition of MA63 and related documents into the Federal Constitution. “It was not easy, but we could not allow another decade to pass without securing Sarawak and Sabah’s position. “Recognition in the Constitution was the minimum we owed to the spirit of 1963,” he added. Wan Junaidi’s caution for the future Today, Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg has made reclaiming MA63 rights a central focus of his administration, particularly in terms of energy and revenue autonomy. Wan Junaidi supports these efforts but offers a note of realism about rights which are spelt out within the intergovernmental report, which have not been put into reality based on the MA63. “We must be realistic. Referendums like Scotland’s cannot happen here because our Constitution does not provide for them. “The only way forward is through law, negotiation, and constitutional amendment,” he cautioned. For him, the struggle is ongoing. Constitutional recognition was a breakthrough, but the implementation of rights, especially in resources, revenue, and governance, remains unfinished business. The Spirit of 1963 While reflecting on his struggles, Wan Junaidi insists the goal has never been secession but fairness. “Our struggle is not to undo Malaysia, but to make Malaysia fair to Sarawak and Sabah. “That was the spirit of 1963, and that must be the spirit today,” he said. MA63, he reminds Malaysians, encompasses key documents such as the IGC Report and the Malaysia Act 1963, which together laid the foundation of the federation. “The MA63 itself is only three pages long with 11 clauses, yet its long neglect weakened that foundation, while its formal recognition helped to strengthen and restore it,” he said. For Wan Junaidi, the struggle has been personal, political, and historical. Yet, it is also unfinished, a story still being written, with Sarawak and Sabah’s place in Malaysia continuing to evolve.
. 25/09
KUCHING: Seramai 231 lagi individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini. Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), istiadat yang bermula sekitar jam 11 pagi itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar para penerima dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran awam, pendidikan, keselamatan, industri dan khidmat masyarakat. Majlis dimulakan dengan penyampaian Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada Hasbilah Mohamad Salleh, Austin James Nieet diikuti 21 penerima yang lain. Manakala, Tahir Mohd Sharee, Yalin Asan, Abang Iskandar Bolhassan Abang Mihamad Ariif serta 28 penerima lain dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B). Mejar Kaha Othman, Abdul Rahman Ahmad, Awang Hairil bersama 31 penerima lain pula dianugerahkan Pingat Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S). Turut diraikan ialah 62 individu bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) termasuk Abang Abdul Rahman Salihin, Baharin@ Arin Saili dan Billy Bibi Ragan. Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) pula dianugerahkan kepada 61 penerima termasuk Abang Dzulhanif Abang Sukarno, Abdur Majid Mohamad Yoosof, Abdul Rahman Lsman, Abdul Wahab Venchu Mohamed Yoosoof, Abu Bakar Wahi serta individu lain. Hadir sama pada majlis itu ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus serta ketua-ketua Jabatan.
. 02/10
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Sarawak 2025 yang diadakan di The Hills di sini, hari ini. Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kehadiran Tun Wan Junaidi dan isteri telah disambut oleh tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut. Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara Saraswaty Kandasamy, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli serta dif kenamaan lain. Sejurus tiba ke majlis perasmian, Yang di-Pertua Negeri dan isteri disambut dengan persembahan 'Selamat Datang' dan turut menyaksikan persembahan Bicara Berirama. Pada kemuncak majlis, Tun Wan Junaidi telah menyempurnakan simbolik perasmian dan seterusnya turut menyempurnakan pelancaran lapan buku baharu pada majlis tersebut. Beliau bersama isteri turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pengiktirafan Pembaca Aktif 2024 serta Anugerah Pemenang Pertandingan Bicara Berirama sebelum bergerak untuk melakukan lawatan ke reruai pameran. Pesta Buku Sarawak 2025 berobjektif menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda di samping meningkatkan akses kepada bahan bacaan berkualiti dengan harga mampu milik. Sempena pesta tersebut, ia juga meraikan penganjuran Karnival Baca Perdana anjuran Perpustakaan Negara Malaysia yang memilih Sarawak sebagai destinasi utama tahun ini terutama negeri ini yang menjadi lambang keharmonian masyarakat majmuk yang kaya dengan tradisi kesusasteraan lisan, pendidikan dan kebudayaan. Tahun ini, Pesta Buku Sarawak 2025 disertai 32 pempamer dari dalam dan luar negara yang berlangsung sejak 27 September lepas dan berakhir pada 5 Oktober kelak. Sepanjang sembilan hari penganjuran, pelbagai program dan aktiviti menarik telah dirancang termasuk jualan buku besar-besaran oleh Big Bad Wolf, sesi perkongsian ilmu, wacana, bengkel, sesi 'meet and greet' bersama penulis dan aktiviti komuniti untuk seisi keluarga.
. 05/02
MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Bulan Sabit Merah (BSM) Miri pada hari ini. Lawatan itu bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut. Kedua-dua mereka turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa sebagai tanda solidariti serta memastikan kebajikan terpelihara. Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Karim Abdul Rahman Hamzah bersama Datin Sri Zuraini Jabbar, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut Adam Yii, Residen Miri Galong Luang, serta Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu. Seramai 105 penduduk daripada 25 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut. Rombongan turut menerima taklimat tentang keadaan semasa di PPS itu serta langkah-langkah bantuan dan perlindungan yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan mangsa. Dalam kejadian pada awal pagi Rabu, kejadian tanah runtuh tersebut telah memusnahkan dua buah rumah kediaman penduduk yang bersebelahan. Lima mangsa telah meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh itu.
. 25/03
KUCHING (Mar 25): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar has expressed appreciation for the role and commitment of the local media in providing continuous coverage of Astana Negeri Sarawak’s activities and programmes. In a post on his official Facebook account late last night, he emphasised that the media plays a vital role in ensuring the public receives accurate and balanced information, thereby fostering an informed society. He expressed hope that this close collaboration would continue to be strengthened, and that more events with local media partners would be held to further enhance the relationship between Astana Negeri Sarawak and the media. Wan Junaidi made these remarks after he and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hosted a Majlis Bersungkei (breaking of fast event) for members of the local media fraternity at Dewan Santapan, Surau Astana Negeri last night. The event served as a token of appreciation to the media for their crucial role in disseminating information to the public, particularly regarding Astana Negeri Sarawak’s activities and initiatives in the state. It also aimed to strengthen the relationship between Astana Negeri Sarawak and local media practitioners. The event began with an iftar ceremony, where guests enjoyed a light meal before Muslim attendees proceeded to perform Maghrib prayers. They were later treated to a dinner featuring local dishes. Following the meal, Wan Junaidi and Fauziah interacted and took photographs with the guests before joining them for Isyak and Tarawih prayers. Among those present were the State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and Datin Amar Baduyah Bujang, Sarawak Information Department director Helmy Hamid; Sarawak Broadcasting Department (RTM) director Wan Azhan Wan Hamat; Sarawak Public Communications Unit (Ukas) director Awang Putrayusrie Awang Rezuan; Sarawak Media Group chairwoman Dato Norhyati Ismail, and Sarawak Malay Economic Association president Bujang Sitam, representatives from Wacana Group, Kaki Lima Yong Hua Group and Kampung Pendam, Asajaya.
. 05/02
KUCHING (Jan 31): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar today paid his final respects to his fellow comrade in arms from the Royal Malaysia Police (PDRM), the late DSP (Rtd) Joneh Bidon, in Batu Kawa. According to a post on Wan Junaidi’s Facebook page, the late Joneh passed away at the age of 77, leaving behind his widow, Evelyn Kimson, aged 76, and five children. “The Governor and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, took time to express their condolences to the bereaved family. “They wished the family strength and resilience as they navigate this period of grief,” the post stated.