TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK DAN ISTERI ZAHIR UCAPAN TAKZIAH BUAT YB DATUK AMAR PROF. DR. SIM KUI HIAN BERSAMA KELUARGA ATAS PEMERGIAN MENDIANG IBUNDA TERCINTA

Posted on 17 Nov 2025
KUCHING, 17 November – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, bersama keluarga, menzahirkan ucapan takziah setulusnya kepada keluarga YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak atas pemergian ibunda tercinta, mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng, yang telah meninggal dunia hari ini.

Mendiang bukan sahaja isteri kepada bekas Timbalan Ketua Menteri, mendiang Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong, dan tokoh wanita yang pernah berkhidmat dalam Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (SABATI), SUPP serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, tetapi juga dikenang sebagai seorang wanita berdedikasi yang memahami pengorbanan dan komitmen mereka yang berkhidmat untuk masyarakat.

Mengakhiri ucapan takziah tersebut, TYT Tun Pehin Sri dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah berharap agar seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan, dan ketenangan dalam menghadapi saat kehilangan ini, serta terus mendapat inspirasi daripada legasi kebaikan mendiang.

-TAMAT-
Dikeluarkan: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 21 Nov 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement