TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK DAN ISTERI UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA PONGAL 2026

Posted on 16 Jan 2026
KUCHING, 16 Januari - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dri. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pongal kepada masyarakat India, khususnya di Sarawak dan di seluruh Malaysia, sempena perayaan yang disambut dari 14 Januari hingga 17 Januari ini.

TYT Tun Pehin Sri menegaskan bahawa Hari Pongal merupakan perayaan kebudayaan yang menzahirkan nilai kerja keras, disiplin dan tanggungjawab sosial, serta mencerminkan kepentingan menghargai usaha dan sumbangan setiap lapisan masyarakat dalam pembangunan negeri dan negara.

Beliau menasihatkan agar sambutan Hari Pongal diraikan secara berhemah, mematuhi undang-undang serta norma masyarakat, dan tidak disalahgunakan sehingga menjejaskan keharmonian awam, sebaliknya dijadikan platform untuk memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan kestabilan sosial demi kesejahteraan bersama.

-TAMAT-
Dikeluarkan: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 16 Jan 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement