Tun Wan Junaidi melawat Lingga

Posted on 03 May 2026
Source of News: TVS

SRI AMAN, 3 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan lawatan Kembara D’Astana hari ini ke Lingga.

Rombongan Tun Wan Junaidi berangkat menggunakan bot persiaran ‘Damai Princess’ dari R.C Fisheries Wharf Sebuyau menuju ke Jeti Nelayan Lingga.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Penasihat Pejabat Premier Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, serta Residen Sri Aman, Mahra Salleh.

Setibanya di Lingga, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berangkat menghadari Majlis Penyerahan Manuskrip Lingga dan Majlis Makan Tengah Hari di Dewan Masjid Al-Hana.

Tun Wan Junaidi dan isteri turut singgah di Pameran Mini Salasilah Lingga – Banting catatan Abang Salim Abang Ali dan Bahan Warisan Lingga – Banting.

Dalam majlis yang sama, Tun Wan Junaidi menerima bahan warisan Banting Lingga yang diserahkan wakil waris, Mantan Temenggong, Bohari Abang Mohd Zain.

Selesai jamuan makan tengah hari, Tun dan isteri menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Hana.

Selepas selesai program Kembara D’Astana di Lingga, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah dijangka berangkat kembali ke Kuching dari Jeti Nelayan Lingga.

Kembara D’Astana ini menjadi platform untuk Tun Wan Junaidi menjejak kasih berjumpa dengan ahli keluarga yang ada di Triso, Sebuyau dan Lingga serta penduduk tempatan. – TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 06 May 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement