Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Wida’ Keberangkatan Haji di Sebuyau

Posted on 02 May 2026
Source of News: TVS

SEBUYAU, 2 Mei: Program Kembara D’Astana mencuri perhatian apabila Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir ke Majlis Wida’ Keberangkatan Haji di Masjid Al Muflihin, Sebuyau, malam ini.

Majlis yang penuh makna tersebut menjadi simbol penghormatan dan doa kepada jemaah haji yang bakal berangkat menunaikan rukun Islam kelima.

Program dimulakan dengan solat fardhu Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Ustaz Bahrain Kawi bersama jemaah yang hadir.

Selesai solat, bacaan surah Yasin berlangsung diikuti dengan tazkirah bertajuk ‘Mengejar Haji Mabrur’ yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Tazkirah tersebut memberikan motivasi kepada jemaah yang bakal berangkat agar memperoleh haji mabrur dan diterima Allah.

Acara penting dalam majlis tersebut adalah penyerahan cek berjumlah RM20,000 kepada pihak Masjid Al Muflihin sebagai tanda sokongan dan keprihatinan Tun Wan Junaidi dan isteri terhadap pembangunan masjid serta urusan ibadah haji di kawasan Sebuyau.

Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan program makan malam bersama masyarakat Sebuyau.

Acara tersebut memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan pemimpin sambil mengeratkan lagi tali silaturahim dalam suasana penuh keberkatan.-TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 06 May 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement