THE ORDER OF THE RISING SUN: TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK DAN ISTERI ZAHIR UCAPAN TAHNIAH KEPADA YAB PREMIER SARAWAK

Posted on 03 Nov 2025
KUCHING, 4 November – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, atas penganugerahan 2025 Imperial Autumn Decorations – The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Kerajaan Jepun.

TYT Tun Pehin Sri menjelaskan bahawa penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan cemerlang serta visi jauh YAB Premier dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Jepun.

Menurut TYT Tun Pehin Sri, usaha berterusan YAB Premier dalam melaksanakan dasar pembangunan yang progresif, khususnya dalam bidang pelaburan, tenaga hijau dan ekonomi digital, telah membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang membanggakan. Melalui kepimpinan beliau, Sarawak kini semakin dikenali sebagai negeri yang maju, berdaya saing dan berpengaruh di rantau ini.

TYT Tun Pehin Sri dan YABhg. Toh Puan turut menzahirkan doa agar YAB Premier terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan untuk terus memimpin Sarawak ke arah kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan demi rakyat dan negeri tercinta.

-TAMAT-
Dikeluarkan oleh: Astana Negeri Sarawak 


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 06 Nov 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement