Tun Dr Wan Junaidi, negarawan komited terhadap pembangunan Sarawak

Posted on 20 Feb 2025
Source of News: TVS



MIRI, 18 Feb: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai seorang negarawan yang komited terhadap pembangunan serta perpaduan dan kemakmuran rakyat negeri ini.

Menurut Kim Shin, keramahan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tun Dr Wan Junaidi menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang amat dihormati oleh rakyatnya.

“Kola sudah lama kenal Tun Pehin Sri sejak berkhidmat sebagai Inspektor Polis, kemudian menjadi Ahli Parlimen, Speaker Dewan Rakyat dan seorang Menteri dalam Kabinet Persekutuan dan Speaker Dewan Negara sebelum menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

“Tun Pehin Sri adalah seorang yang penuh berpengalaman dari segi berkhidmat untuk rakyat dan Pentadbiran Kerajaan dan Parlimen serta dalam bidang Perundangan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Shin turut mengucapkan tahniah di atas penerbitan buku bertajuk “Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” dan “365 Days in Astana”.

Menurut beliau buku bertajuk ” Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” itu dapat menjadi dokumen sejarah yang memcerminkan beberapa era yang dilalui oleh Sarawak sebelum, selepas Malaysia dan dalam era pemerintahan sekarang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran The Federation of Chinese Associations Miri Division di sini, malam tadi.

Majlis Makan Malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tun Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir Presiden The Federation of Chinese Associations Miri Division Dato David Goh, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan ramai lagi. – TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 25 Mar 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement