TYT dan Premier Sarawak sungkei bersama anak Sarawak di Kuala Lumpur

Posted on 25 Mar 2025
Source of News: TVS

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam ini.

Majlis Sungkei Anak Sarawak 2025, yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers.

Majlis berbuka puasa itu dihadiri 1,400 jemputan, terdiri daripada anak Sarawak yang bekerja dan melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia serta rakan strategik kerajaan Sarawak.

Turut hadir isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Selepas berbuka puasa, tetamu kehormat menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama jemputan yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan sumbangan duit raya kepada 50 penerima.

Secara keseluruhan, penerima sumbangan terdiri daripada 475 pelajar, termasuk pelajar Kolej GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), institusi pengajian tinggi, serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak.

Majlis berbuka puasa itu melabuhkan tirai dengan tetamu kehormat serta semua jemputan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih di dewan bangunan tersebut.

Solat dipimpin sepenuhnya oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal. – TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 25 Mar 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement