Tun Wan Junaidi dan isteri ucap Selamat Hari Wanita Sedunia

Posted on 13 Mar 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

KUCHING: Wanita adalah tiang seri keluarga, pemacu kemajuan dan sumber kekuatan masyarakat, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 hari ini.

Tun Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada masa yang sama mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita, khususnya di Sarawak.

Tun Wan Junaidi berkata, wanita mempunyai keupayaan dalam mendidik, memimpin, serta menyumbang dalam pelbagai bidang menjadikan dunia lebih sejahtera dan bermakna.

“Setiap usaha, pengorbanan, dan kecekalan wanita harus terus dihargai serta diberikan sokongan yang sewajarnya,” ujar beliau.

Beliau turut berharap agar wanita terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, diberikan peluang yang adil, serta terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 14 Mar 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement