Top Menu
Banner
Footer Menu
Best Viewed
Visitor Counter
Last Updated Date
Last Update: 09 May 2017  | 
Announcement
Kenyataan Penafian Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri Sarawak) mengenai Pelantikan Pemangku Ketua Menteri dan Atur Cara Majlis P
Posted on 11 Jan 2017

Pengumuman: Kenyataan Penafian Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri Sarawak) mengenai Pelantikan Pemangku Ketua Menteri dan Atur Cara Majlis Pengebumian Ketua Menteri Sarawak Almarhum Datuk Patinggi Tan Sri Hj Adenan bin Hj Satem

 

KUCHING, 11 Jan 2017 - Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) hari ini menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan mengenai pelantikan pemangku Ketua Menteri dan atur cara majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak, Almarhum Datuk Patinggi Tan Sri Dr Hj Adenan bin Hj Satem.

Menurut Pejabat Astana Negeri,  kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian.

Untuk makluman, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri merupakan organisasi yang tidak terbabit dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak. (Astana Negeri)