. 26/05
LANGKAWI: Head of State Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, accompanied by his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, made an official visit to the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2025 (LIMA’25) today. The visit, held at the invitation of the Ministry of Defence Malaysia, saw Wan Junaidi and delegation — including Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah — touring various exhibition booths at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) which featured advanced aerospace and maritime technology from countries such as China, the UK, Japan, and the UAE. Among the booths visited were SAPURA, ASELSAN (Türkiye), STM (Türkiye) and NADI (Malaysia). The delegation also witnessed an aerial acrobatics display before departing for Kuala Lumpur. Wan Junaidi hoped that the exhibition would open new opportunities for local entrepreneurs and small and medium enterprises (SMEs), while also commending the Ministry of Defence for its successful organisation.
. 26/05
KUCHING, 19 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini. Turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Keberangkatan tiba Tun Wan Junaidi dan isteri pada jam 9:25 pagi disambut Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Istiadat penuh adat itu dimulakan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diikuti pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tun Wan Junaidi melibatkan 105 anggota Pasukan Gerakan Am dan PDRM diketuai DSP Harun Saharudin Mohamad. Selesai istiadat rasmi dan nyanyian lagu kebangsaan, Tun Wan Junaidi dan isteri beredar masuk ke Dewan Mesyuarat DUN untuk menyampaikan ucapan perasmian di hadapan 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak. Persidangan kali ini memberi tumpuan kepada pembentangan enam Rang Undang-Undang (RUU). Tiga RUU oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkumi RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2025 dan RUU Pembubaran Dana Amanah Pembangunan Infrastruktur 2025. Sementara itu, RUU lain dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkumi RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pula akan membentangkan RUU Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pula membentang RUU Pusat Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2025. Asfia ketika sidang media pada Ahad memaklumkan sebanyak 320 soalan telah dikemukakan untuk sesi kali ini terdiri daripada 247 soalan lisan dan 73 bertulis. Sidang DUN Sarawak akan berlangsung dari 19 hingga 28 Mei.-TVS
. 26/05
KUCHING: Semua tuntutan Sarawak diharap dapat diselesaikan segera oleh kerajaan persekutuan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati bersama di peringkat negeri dan negara. Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau bersyukur kerana hubungan antara kerajaan persekutuan dan Kerajaan Sarawak ketika ini amat akrab. Menurutnya, banyak isu berkaitan hak dan kepentingan Sarawak telah berjaya diselesaikan hasil kerjasama erat kedua-dua pihak. “Justeru, saya yakin hubungan akrab ini juga akan memastikan Sarawak mendapat semua tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Laporan Inter-Governmental Committee (IGC), Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN di sini, hari ini. Tun Wan Junaidi turut menyeru agar kerajaan persekutuan segera melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan keselamatan di negeri ini. “Keikhlasan dan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui prinsip Malaysia MADANI amat dihargai. “Ini diyakini mampu memberi impak yang positif kepada usaha menyemai semangat Segulai Sejalai ke arah pembangunan yang inklusif kepada Sarawak,” katanya.
. 29/04
KUCHING, 19 April – Her Most Gracious Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi today officiated the 2025 World Thinking Day celebration for Girl Guides, held at the Sarawak state level. The event was organized by the Girl Guides Association of Malaysia (PPM) Sarawak Branch. Upon her arrival in Kuching this morning, the wife of the Yang di-Pertua Negeri Sarawak immediately proceeded to the Sheraton Hotel to attend the event. Her arrival was warmly welcomed by the senior leadership of the Sarawak Branch of Girl Guides, including YBrs. Puan Ruth Sibat, Chief Commissioner of the Branch; YBhg. Datuk Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud, President; and YBrs. Puan Annie Sim, Deputy President of PPM Sarawak. This year's celebration carried the theme "Our Story," in line with the global World Thinking Day theme set by the World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS). The theme highlights the importance of nurturing young female leadership, strengthening unity, and inspiring the next generation with valuable lessons. During the joyous ceremony, YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi lit a candle alongside all the members, marking the official opening of the 2025 World Thinking Day celebration at the Sarawak level. Also present to enliven the occasion were YBrs. Encik John Lim Boon Beng, Chief Commissioner of the Sarawak Scouts; representatives from the Sarawak State Education Department; members of the Executive Board of PPM Sarawak; and over 200 Girl Guides from schools around Kuching, including SMK St. Mary, SMK St. Teresa, SK Matu Baru, and SMK Matang Jaya. YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi expressed her deep appreciation to all members of PPM Sarawak for their dedication and commitment in making this celebration a success. She hopes that the Sarawak Branch of PPM will continue to nurture high-quality, competitive, and resilient female leaders who contribute to the development of the state and the beloved nation. – END – Photo: Astana Negeri Sarawak
. 10/04
KUCHING, 31 MAC – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama barisan kepimpinan negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak pada jam 10:30 pagi. Majlis yang penuh kemesraan ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. Turut hadir ialah YB Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Dato Doreen Mayang; YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Datin Amar Enn Ong Siok Ean; serta YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, bersama isteri, Dato’ Hajah Fatimah binti Haji Mohd. Iskandar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan serta Timbalan-Timbalan Menteri, yang bersama-sama menghayati semangat Aidilfitri dalam suasana penuh keakraban dan harmoni. -TAMAT- Foto: Astana Negeri Sarawak
. 25/03
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam ini. Majlis Sungkei Anak Sarawak 2025, yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers. Majlis berbuka puasa itu dihadiri 1,400 jemputan, terdiri daripada anak Sarawak yang bekerja dan melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia serta rakan strategik kerajaan Sarawak. Turut hadir isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Selepas berbuka puasa, tetamu kehormat menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama jemputan yang hadir. Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan sumbangan duit raya kepada 50 penerima. Secara keseluruhan, penerima sumbangan terdiri daripada 475 pelajar, termasuk pelajar Kolej GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), institusi pengajian tinggi, serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak. Majlis berbuka puasa itu melabuhkan tirai dengan tetamu kehormat serta semua jemputan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih di dewan bangunan tersebut. Solat dipimpin sepenuhnya oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal. – TVS
. 25/03
KUCHING (Mar 25): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar has expressed appreciation for the role and commitment of the local media in providing continuous coverage of Astana Negeri Sarawak’s activities and programmes. In a post on his official Facebook account late last night, he emphasised that the media plays a vital role in ensuring the public receives accurate and balanced information, thereby fostering an informed society. He expressed hope that this close collaboration would continue to be strengthened, and that more events with local media partners would be held to further enhance the relationship between Astana Negeri Sarawak and the media. Wan Junaidi made these remarks after he and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hosted a Majlis Bersungkei (breaking of fast event) for members of the local media fraternity at Dewan Santapan, Surau Astana Negeri last night. The event served as a token of appreciation to the media for their crucial role in disseminating information to the public, particularly regarding Astana Negeri Sarawak’s activities and initiatives in the state. It also aimed to strengthen the relationship between Astana Negeri Sarawak and local media practitioners. The event began with an iftar ceremony, where guests enjoyed a light meal before Muslim attendees proceeded to perform Maghrib prayers. They were later treated to a dinner featuring local dishes. Following the meal, Wan Junaidi and Fauziah interacted and took photographs with the guests before joining them for Isyak and Tarawih prayers. Among those present were the State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and Datin Amar Baduyah Bujang, Sarawak Information Department director Helmy Hamid; Sarawak Broadcasting Department (RTM) director Wan Azhan Wan Hamat; Sarawak Public Communications Unit (Ukas) director Awang Putrayusrie Awang Rezuan; Sarawak Media Group chairwoman Dato Norhyati Ismail, and Sarawak Malay Economic Association president Bujang Sitam, representatives from Wacana Group, Kaki Lima Yong Hua Group and Kampung Pendam, Asajaya.
. 13/03
KUCHING: Wanita adalah tiang seri keluarga, pemacu kemajuan dan sumber kekuatan masyarakat, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 hari ini. Tun Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada masa yang sama mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita, khususnya di Sarawak. Tun Wan Junaidi berkata, wanita mempunyai keupayaan dalam mendidik, memimpin, serta menyumbang dalam pelbagai bidang menjadikan dunia lebih sejahtera dan bermakna. “Setiap usaha, pengorbanan, dan kecekalan wanita harus terus dihargai serta diberikan sokongan yang sewajarnya,” ujar beliau. Beliau turut berharap agar wanita terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, diberikan peluang yang adil, serta terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua.
. 20/02
MIRI, 18 Feb: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai seorang negarawan yang komited terhadap pembangunan serta perpaduan dan kemakmuran rakyat negeri ini. Menurut Kim Shin, keramahan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tun Dr Wan Junaidi menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang amat dihormati oleh rakyatnya. “Kola sudah lama kenal Tun Pehin Sri sejak berkhidmat sebagai Inspektor Polis, kemudian menjadi Ahli Parlimen, Speaker Dewan Rakyat dan seorang Menteri dalam Kabinet Persekutuan dan Speaker Dewan Negara sebelum menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. “Tun Pehin Sri adalah seorang yang penuh berpengalaman dari segi berkhidmat untuk rakyat dan Pentadbiran Kerajaan dan Parlimen serta dalam bidang Perundangan,” katanya. Dalam pada itu, Kim Shin turut mengucapkan tahniah di atas penerbitan buku bertajuk “Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” dan “365 Days in Astana”. Menurut beliau buku bertajuk ” Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” itu dapat menjadi dokumen sejarah yang memcerminkan beberapa era yang dilalui oleh Sarawak sebelum, selepas Malaysia dan dalam era pemerintahan sekarang. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran The Federation of Chinese Associations Miri Division di sini, malam tadi. Majlis Makan Malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tun Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Turut hadir Presiden The Federation of Chinese Associations Miri Division Dato David Goh, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan ramai lagi. – TVS
. 05/02
Kuala Lumpur: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi tadi. Turut menghadiri mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu adalah berkaitan taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, diikuti dengan perbincangan rasmi Majlis Mesyuarat Raja-Raja. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri serta Ketua-Ketua Menteri dari seluruh negara. Turut berangkat ke mesyuarat ini adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Pada masa yang sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat ke mesyuarat berkenaan. Selain Tun Wan Junaidi, ia juga menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam, dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi berkata beliau berharap agar institusi beraja terus menjadi payung kedaulatan negara yang mengukuhkan kestabilan serta keharmonian rakyat. “Saya juga berharap setiap keputusan yang dicapai dapat memperkukuh tadbir urus negara, membawa kemajuan serta manfaat berpanjangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini. Mesyuarat tersebut berlangsung dari 5 hingga 6 Febuari ini.
. 05/02
KUCHING, 29 JAN: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri yang berlaku awal pagi tadi. “Saya dan isteri amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa-mangsa tanah runtuh. ‘Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh mangsa yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan syuhada,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi Astana Negeri pada Selasa.
. 05/02
MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Bulan Sabit Merah (BSM) Miri pada hari ini. Lawatan itu bertujuan menzahirkan keprihatinan serta memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terjejas akibat insiden tersebut. Kedua-dua mereka turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa sebagai tanda solidariti serta memastikan kebajikan terpelihara. Turut mengiringi ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Karim Abdul Rahman Hamzah bersama Datin Sri Zuraini Jabbar, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut Adam Yii, Residen Miri Galong Luang, serta Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu. Seramai 105 penduduk daripada 25 keluarga telah dipindahkan ke PPS tersebut. Rombongan turut menerima taklimat tentang keadaan semasa di PPS itu serta langkah-langkah bantuan dan perlindungan yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan mangsa. Dalam kejadian pada awal pagi Rabu, kejadian tanah runtuh tersebut telah memusnahkan dua buah rumah kediaman penduduk yang bersebelahan. Lima mangsa telah meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh itu.