Toh Puan Fauziah meriahkan Pesta Bubur Pedas Sarawak 2026

Posted on 10 Jan 2026
Source of News: Berita RTM
KUCHING, 10 Januari – Kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi, memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Pesta Bubur Pedas Sarawak 2026 di Metrocity Matang, Kuching hari ini.

Program anjuran Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS) dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dengan kerjasama Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, bertujuan memartabatkan bubur pedas sebagai warisan kulinari ikonik negeri Sarawak.

Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa menyediakan bubur pedas dan beramah mesra bersama ahli KOPERWANIS serta peserta, mencerminkan keprihatinan beliau terhadap usaha memperkasa wanita dan ekonomi komuniti setempat.

Penganjuran pesta itu bukan sahaja memelihara warisan makanan tradisional, malah menjadi platform memperkukuh jaringan usahawan wanita serta memperkasa peranan mereka dalam pembangunan sosioekonomi negeri.

Para pelajar juga berpeluang memperoleh pengalaman dalam pengurusan komuniti, kerja lapangan, dan tanggungjawab sosial menerusi penglibatan dalam program berkenaan.

Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bumbu bubur pedas, pertandingan masakan tradisional, serta pertandingan mewarna untuk warga emas dan kanak-kanak.

 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 11 Feb 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement