TYT NEGERI SARAWAK DAN ISTERI RAKAM UCAPAN TAHNIAH SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN PREMIER SARAWAK

Posted on 04 Aug 2025
KUCHING, 4 Ogos – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, merakamkan ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahiran ke-75 Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

Seiring dengan ucapan tersebut, TYT Tun dan YABhg. Toh Puan menzahirkan doa agar YAB Premier sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan tubuh badan, serta kekuatan dan kebijaksanaan dalam meneruskan amanah memimpin negeri.

TYT Tun dan YABhg. Toh Puan turut merakamkan penghargaan terhadap kepimpinan YAB Premier yang telah membawa banyak perubahan positif kepada Sarawak. Di bawah pentadbiran beliau, negeri ini terus mencatat kemajuan dalam bidang ekonomi, infrastruktur, pendidikan, serta teknologi hijau dan digital.

Kepimpinan beliau juga disifatkan sebagai tegas namun inklusif, berteraskan semangat kebersamaan dan kemajuan untuk semua lapisan rakyat. Usaha gigih YAB Premier dalam memperkukuh kedudukan Sarawak dalam Persekutuan menerusi perjuangan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) turut diberi perhatian tinggi oleh pelbagai pihak.

TYT Tun Pehin Sri dan YABhg. Toh Puan mengakhiri ucapan dengan harapan agar YAB Premier terus diberi kekuatan dan petunjuk dalam menerajui Sarawak ke arah negeri maju, sejahtera dan bersatu padu demi manfaat generasi kini dan masa depan.

-TAMAT-
Dikeluarkan: Astana Negeri Sarawak 


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 18 Mar 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement