TYT SARAWAK DAN ISTERI HADIRI MAJLIS MAKAN MALAM DI KEDIAMAN DATO GOH LENG CHUA

Posted on 16 Nov 2025
KUCHING, 16 November – Malam ini, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi telah berkenan memenuhi undangan makan malam di kediaman sahabat Tun Pehin Sri, YBhg. Dato Goh Leng Chua, seorang ahli perniagaan dan peguam yang terletak di Jalan Tan Sri Datuk William Tan.

Ketibaan Tun Pehin Sri dan Toh Puan pada jam 7.30 malam di sambut mesra oleh YBhg. Dato Goh serta isteri, YBhg. Datin Mary Goh sekeluarga.

Sejurus tiba, Tun Pehin Sri dan Toh Puan meluangkan masa berbual santai sebelum merakamkan gambar kenang-kenangan bersama YBhg. Dato Goh, isteri, anak-anak Dato Goh; Goh Yong Tat dan Goh Ai Fen serta tetamu yang lain.

Seterusnya Tun Pehin Sri berkenan untuk menandatangani buku 365 Days in Astana dan Pejuang Sejati Dari Rimba ke Astana sebelum acara makan malam dimulakan.

Turut hadir YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Dato Tan Teow Choon, Dato Steve Ng dan Mr. Edgar Ong.
Majlis makan malam ini merupakan ruang dan sesi santai untuk Tun Pehin Sri dan rakan-rakan bertukar pandangan serta berbincang isu-isu semasa serta perkembangan terkini dalam pelbagai perkara sekaligus mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin.

TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato Goh, isteri, dan keluarga atas jemputan serta layanan yang mesra.

— TAMAT —
Foto: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 21 Nov 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement