SELAMAT ULANG TAHUN KE-45 SURI HATI TYT SARAWAK, YABHG. TOH PUAN DATUK PATINGGI FAUZIAH BINTI MOHD SANUSI

Posted on 21 Nov 2025
KUCHING, 21 November – Dengan penuh rasa syukur dan takzim, dirafakkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-45 kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, suri hati kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Pada hari yang penuh keberkatan ini, dipanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah sentiasa dilimpahkan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, serta kebahagiaan yang berkekalan. 

Semoga segala kebaikan yang ditaburkan oleh YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah dalam kegiatan kemasyarakatan, kebajikan dan penglibatan bersama rakyat menjadi amal jariah yang berterusan manfaatnya.

Sesungguhnya, kelembutan peribadi, sifat rendah hati dan keprihatinan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah telah menjadi inspirasi yang menyentuh hati ramai. Moga pertambahan usia ini membuka pintu-pintu rahmat, hikmah dan keberkatan yang sentiasa mengiringi setiap langkah YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah serta keluarga tercinta.

– TAMAT –
Dikeluarkan oleh: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 21 Nov 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement