TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK DAN ISTERI TITIPKAN DOA KESEMBUHAN BUAT SULTAN BRUNEI

Posted on 14 Jan 2026
KUCHING, 14 Januari – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, menzahirkan doa dan harapan atas perkhabaran bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini.

TYT Tun dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik serta agar proses pembedahan dan pemulihan berjalan dengan lancar.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, serta terus memerintah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi kesejahteraan negara dan keamanan serantau, ujar TYT Tun.

TYT Tun turut mendoakan agar segala urusan perubatan serta pemulihan Baginda Tuanku dipermudahkan dan dilimpahi kesejahteraan serta keberkatan daripada Allah SWT.

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Dikeluarkan: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 15 Jan 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement