146 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Posted on 03 Jul 2025
Source of News: TVS

KUCHING, 3 Julai: Seramai 146 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada tujuh penerima merangkumi Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak Sapiah Daud, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Anielia Siam dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board Sharzede Datu Salleh.

Penerima lain terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nur Alina Abdullah, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak Latiff Coupon.

Turut disampaikan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) kepada lima penerima, termasuk Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS Prof. Dr. Ramlah Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Kushairi Abang.

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) pula dianugerahkan kepada 15 penerima manakala 18 penerima menerima Pingat Perkhidmatan Awam – Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.).

Turut menerima pengurniaan ialah 17 penerima Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), 15 penerima Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.), 39 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dan 30 penerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.-TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 03 Jul 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement