TYT tiba di KL hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271

Posted on 11 Feb 2026
Source of News: Suara Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara.

Tun Pehin tiba bersama isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi kira-kira jam 3.10 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Ketibaan Tun Pehin Sri dan Toh Puan, diiringi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, bersama isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar.

Rombongan Tun Pehin telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta Pejabat Perhubungan Rumah Sarawak, Kuala Lumpur.

Tun Pehin Sri dijadualkan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara pada 11 hingga 12 Februari ini.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 11 Feb 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement