News

 

TYT Sarawak hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266

Posted on 18 Jul 2024
Source of News: TVS

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR)  yang ke-266, di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi kenyataan hari ini, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dimulakan dengan sesi Taklimat Keselamatan yang dipersembahkan oleh Ketua Polis Negara oleh Tan Sri Razarudin Husain.

“Acara mesyuarat kemudian disusuli dengan sesi taklimat keselamatan yang kedua, yang dipersembahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman,” catat kenyataan berkenaan.

Susulan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad  mempersembahkan Agenda Mesyuarat Raja Raja hari pertama dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. -TVS



Newspaper