TYT Sarawak hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 bermula Rabu

Posted on 05 Feb 2025
Source of News: Suara Sarawak



Kuala Lumpur: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi tadi.

Turut menghadiri mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu adalah berkaitan taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, diikuti dengan perbincangan rasmi Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
 

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Amat Mulia Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri serta Ketua-Ketua Menteri dari seluruh negara.

Turut berangkat ke mesyuarat ini adalah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, serta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada masa yang sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Selain Tun Wan Junaidi, ia juga menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam, dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sehubungan itu, Tun Wan Junaidi berkata beliau berharap agar institusi beraja terus menjadi payung kedaulatan negara yang mengukuhkan kestabilan serta keharmonian rakyat.

“Saya juga berharap setiap keputusan yang dicapai dapat memperkukuh tadbir urus negara, membawa kemajuan serta manfaat berpanjangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Mesyuarat tersebut berlangsung dari 5 hingga 6 Febuari ini.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 14 Mar 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement