Press Release, 10 April 2025
KUCHING, 31 MAC – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama barisan kepimpinan negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak pada jam 10:30 pagi. Majlis yang penuh kemesraan ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. Turut hadir ialah YB Datuk Amar Douglas Uggah anak Embas, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Dato Doreen Mayang; YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, bersama isteri, Datin Amar Enn Ong Siok Ean; serta YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, bersama isteri, Dato’ Hajah Fatimah binti Haji Mohd. Iskandar. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan serta Timbalan-Timbalan Menteri, yang bersama-sama menghayati semangat Aidilfitri dalam suasana penuh keakraban dan harmoni. -TAMAT- Foto: Astana Negeri Sarawak
Press Release, 25 March 2025
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam ini. Majlis Sungkei Anak Sarawak 2025, yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers. Majlis berbuka puasa itu dihadiri 1,400 jemputan, terdiri daripada anak Sarawak yang bekerja dan melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia serta rakan strategik kerajaan Sarawak. Turut hadir isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Selepas berbuka puasa, tetamu kehormat menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah bersama jemputan yang hadir. Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan sumbangan duit raya kepada 50 penerima. Secara keseluruhan, penerima sumbangan terdiri daripada 475 pelajar, termasuk pelajar Kolej GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), institusi pengajian tinggi, serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak. Majlis berbuka puasa itu melabuhkan tirai dengan tetamu kehormat serta semua jemputan menunaikan solat fardu Isyak dan solat sunat Tarawih di dewan bangunan tersebut. Solat dipimpin sepenuhnya oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal. – TVS
Press Release, 25 March 2025
KUCHING (Mar 25): Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar has expressed appreciation for the role and commitment of the local media in providing continuous coverage of Astana Negeri Sarawak’s activities and programmes. In a post on his official Facebook account late last night, he emphasised that the media plays a vital role in ensuring the public receives accurate and balanced information, thereby fostering an informed society. He expressed hope that this close collaboration would continue to be strengthened, and that more events with local media partners would be held to further enhance the relationship between Astana Negeri Sarawak and the media. Wan Junaidi made these remarks after he and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hosted a Majlis Bersungkei (breaking of fast event) for members of the local media fraternity at Dewan Santapan, Surau Astana Negeri last night. The event served as a token of appreciation to the media for their crucial role in disseminating information to the public, particularly regarding Astana Negeri Sarawak’s activities and initiatives in the state. It also aimed to strengthen the relationship between Astana Negeri Sarawak and local media practitioners. The event began with an iftar ceremony, where guests enjoyed a light meal before Muslim attendees proceeded to perform Maghrib prayers. They were later treated to a dinner featuring local dishes. Following the meal, Wan Junaidi and Fauziah interacted and took photographs with the guests before joining them for Isyak and Tarawih prayers. Among those present were the State Secretary Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and Datin Amar Baduyah Bujang, Sarawak Information Department director Helmy Hamid; Sarawak Broadcasting Department (RTM) director Wan Azhan Wan Hamat; Sarawak Public Communications Unit (Ukas) director Awang Putrayusrie Awang Rezuan; Sarawak Media Group chairwoman Dato Norhyati Ismail, and Sarawak Malay Economic Association president Bujang Sitam, representatives from Wacana Group, Kaki Lima Yong Hua Group and Kampung Pendam, Asajaya.
Press Release, 13 March 2025
KUCHING: Wanita adalah tiang seri keluarga, pemacu kemajuan dan sumber kekuatan masyarakat, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 hari ini. Tun Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada masa yang sama mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita, khususnya di Sarawak. Tun Wan Junaidi berkata, wanita mempunyai keupayaan dalam mendidik, memimpin, serta menyumbang dalam pelbagai bidang menjadikan dunia lebih sejahtera dan bermakna. “Setiap usaha, pengorbanan, dan kecekalan wanita harus terus dihargai serta diberikan sokongan yang sewajarnya,” ujar beliau. Beliau turut berharap agar wanita terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, diberikan peluang yang adil, serta terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk semua.
Press Release, 20 February 2025
MIRI, 18 Feb: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menyifatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai seorang negarawan yang komited terhadap pembangunan serta perpaduan dan kemakmuran rakyat negeri ini. Menurut Kim Shin, keramahan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tun Dr Wan Junaidi menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin yang amat dihormati oleh rakyatnya. “Kola sudah lama kenal Tun Pehin Sri sejak berkhidmat sebagai Inspektor Polis, kemudian menjadi Ahli Parlimen, Speaker Dewan Rakyat dan seorang Menteri dalam Kabinet Persekutuan dan Speaker Dewan Negara sebelum menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak. “Tun Pehin Sri adalah seorang yang penuh berpengalaman dari segi berkhidmat untuk rakyat dan Pentadbiran Kerajaan dan Parlimen serta dalam bidang Perundangan,” katanya. Dalam pada itu, Kim Shin turut mengucapkan tahniah di atas penerbitan buku bertajuk “Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” dan “365 Days in Astana”. Menurut beliau buku bertajuk ” Pejuang Sejati: Dari Rimba ke Astana” itu dapat menjadi dokumen sejarah yang memcerminkan beberapa era yang dilalui oleh Sarawak sebelum, selepas Malaysia dan dalam era pemerintahan sekarang. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran The Federation of Chinese Associations Miri Division di sini, malam tadi. Majlis Makan Malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tun Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Turut hadir Presiden The Federation of Chinese Associations Miri Division Dato David Goh, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan ramai lagi. – TVS
Press Release, 09 April 2025
Potret rasmi terbaharu Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd. Sanusi akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 16 Disember 2024. Cetakan boleh diperoleh secara percuma di Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak. Manakala untuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkannya di Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) di Tingkat 7, Bangunan Wisma Bapa Malaysia. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian 082-512514 atau mnfikriat@sarawak.gov.my. Terima kasih.