TYT beri pandangan dan nasihat berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri

Posted on 03 Jul 2025
Source of News: Suara Sarawak

KUCHING: Sesi Prapersidangan menjelang Mesyuarat Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak yang diadakan selama sejam pada hari ini telah dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam sesi tersebut, Abang Johari telah membentangkan beberapa perkara penting untuk perhatian dan pertimbangan Tun Wan Junaidi sebagai Ketua Negeri selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Sarawak.

Dalam pada masa yang sama, Tun Wan Junaidi turut menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat beliau sebagai Ketua Negeri kepada Abang Johari berkaitan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Saya menzahirkan rasa syukur kerana perbincangan berlangsung dalam suasana yang baik dan penuh keakraban.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Premier Sarawak, negeri Sarawak terus melangkah maju dengan rakyat bersatu padu, aman dan harmoni dalam menuju Sarawak Maju Makmur,” ujar Tun Wan Junaidi dalam kenyataan rasmi Astana Negeri Sarawak, hari ini.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 03 Jul 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement