BINTULU, 26 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi malam ini menghadiri Majlis Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H Peringkat Sarawak yang berlangsung di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu di sini.
Pasangan kenamaan itu tiba di masjid tersebut kira-kira jam 6.15 petang tadi diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) disambut meriah oleh penduduk setempat.
Ketibaan mereka turut disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai tanda kesyukuran serta penghayatan terhadap peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah.
Program diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi sebelum Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin menyampaikan takzirah khas yang bertajuk “Hijrah: Ummah Maju Makmur.”
Sejurus selesai solat Isyak berjemaah, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri turut beramah mesra serta menjamu selera bersama pemimpin dan penduduk pelbagai kaum dan agama di sini bagi meraikan keharmonian dan perpaduan masyarakat negeri ini.
Bahagian Bintulu menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok dengan kemuncaknya ialah Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah di Dewan Suarah Bintulu.
Tun Dr Wan Junaidi dijadualkan merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M sebelum menyempurnakan pengurniaan Anugerah Ma’al Hijrah 1447H, pada esok.
Bertemakan “Ummah Maju Makmur”, program anjuran Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini bertujuan memperingati peristiwa bersejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam. – TVS
Press Release, 03 July 2025
BINTULU, 26 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi malam ini menghadiri Majlis Doa Akhir Tahun 1446H dan Awal Tahun 1447H Peringkat Sarawak yang berlangsung di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu di sini. Pasangan kenamaan itu tiba di masjid tersebut kira-kira jam 6.15 petang tadi diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) disambut meriah oleh penduduk setempat. Ketibaan mereka turut disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai tanda kesyukuran serta penghayatan terhadap peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Program diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi sebelum Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin menyampaikan takzirah khas yang bertajuk “Hijrah: Ummah Maju Makmur.” Sejurus selesai solat Isyak berjemaah, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri turut beramah mesra serta menjamu selera bersama pemimpin dan penduduk pelbagai kaum dan agama di sini bagi meraikan keharmonian dan perpaduan masyarakat negeri ini. Bahagian Bintulu menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok dengan kemuncaknya ialah Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah di Dewan Suarah Bintulu. Tun Dr Wan Junaidi dijadualkan merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1447H/2025M sebelum menyempurnakan pengurniaan Anugerah Ma’al Hijrah 1447H, pada esok. Bertemakan “Ummah Maju Makmur”, program anjuran Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini bertujuan memperingati peristiwa bersejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam. – TVS
Press Release, 03 July 2025
KUCHING: Sesi Prapersidangan menjelang Mesyuarat Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak yang diadakan selama sejam pada hari ini telah dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Dalam sesi tersebut, Abang Johari telah membentangkan beberapa perkara penting untuk perhatian dan pertimbangan Tun Wan Junaidi sebagai Ketua Negeri selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Sarawak. Dalam pada masa yang sama, Tun Wan Junaidi turut menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat beliau sebagai Ketua Negeri kepada Abang Johari berkaitan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan negeri. “Saya menzahirkan rasa syukur kerana perbincangan berlangsung dalam suasana yang baik dan penuh keakraban. “Saya yakin di bawah kepimpinan Premier Sarawak, negeri Sarawak terus melangkah maju dengan rakyat bersatu padu, aman dan harmoni dalam menuju Sarawak Maju Makmur,” ujar Tun Wan Junaidi dalam kenyataan rasmi Astana Negeri Sarawak, hari ini.
Press Release, 03 July 2025
KUCHING, 3 Julai: Seramai 146 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini. Majlis dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam – Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) kepada tujuh penerima merangkumi Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak Sapiah Daud, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Anielia Siam dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board Sharzede Datu Salleh. Penerima lain terdiri daripada Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nur Alina Abdullah, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak Latiff Coupon. Turut disampaikan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) kepada lima penerima, termasuk Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS Prof. Dr. Ramlah Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Kushairi Abang. Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak – Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) pula dianugerahkan kepada 15 penerima manakala 18 penerima menerima Pingat Perkhidmatan Awam – Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.). Turut menerima pengurniaan ialah 17 penerima Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), 15 penerima Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.), 39 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dan 30 penerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.). Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.-TVS
Press Release, 01 July 2025
KLANG (June 30): The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has consented to the rebranding of Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu Campus in Sarawak as UPM Sarawak (UPMS). Sultan Sharafuddin said the rebranding was a strategic move by UPM to expand its role in conjunction with the university’s 50th anniversary in Sarawak. UPM was formerly known as Universiti Pertanian Malaysia. “I am very proud of this university’s achievements, not only as a centre of excellence in agriculture, forestry and food security, but also as a catalyst for national development, especially in Sarawak. It has become a competitive institution in the Borneo region and on the international stage. “I hope UPM’s efforts and commitment will continue in developing talent and expertise to advance the country’s socio-economic progress, particularly in Sarawak, through the UPM Food Security Blueprint that has been developed,” said His Royal Highness at the UPMS Proclamation Ceremony held here today. Sultan Sharafuddin was accompanied by the Tengku Permaisuri of Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Also present were Sarawak Yang Dipertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Higher Education Minister Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. In his speech, Abang Johari said the strengthening of UPMS aligns with the aspirations of the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS 2030), particularly in the agriculture, forestry and renewable energy sectors. He said one of UPMS’s notable achievements is the implementation of the AgriHub@Gedong project, a strategic collaboration between the university and the Sarawak Premier’s Office. “This project aims to spearhead the transformation of padi cultivation activities in Lubok Punggor, Gedong, and marks an important starting point in efforts to develop Sarawak as a national-level high-impact padi production hub,” he said. Abang Johari added that, in line with Sarawak’s commitment to higher education and strategic research, the School of Veterinary and Animal Sciences (SVAS) will be established in collaboration with UPMS to support the state’s food security aspirations. He also expressed the state government’s commitment to providing funding to ensure the sustainability of SVAS, which will be the first model of its kind involving a partnership between the Sarawak government and a public university. “The establishment of this school will open up more opportunities for Sarawakian youth to pursue studies in veterinary science, thereby strengthening the sustainability of the livestock industry and improving animal health standards in Sarawak,” he said. – Bernama
Press Release, 25 June 2025
KUCHING (June 23): The late Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang was the pillar of strength for her husband Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Governor Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said in a statement that Juma’ani supported Abang Johari’s political career spanning over 48 years. “In facing various challenges and demands of state leadership, she has always been an invaluable source of encouragement and support. “The English proverb states, ‘Behind every great man, there is a great woman’ – an expression that accurately describes her role of as the wife, friend, and loyal supporter of the Premier,” the Governor was quoted as saying in a press statement from Astana Negeri. He said Juma’ani was an active figure in the field of welfare, especially through her role as the president of The Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers of Sarawak (Sabati). Her contributions to empower charitable organisations and improve the well-being of the community were greatly appreciated and would always be remembered, he said. “The late Juma’ani is an example of a wife who is steadfast, responsible, and fully understands the trust and responsibility borne by her husband as the head of state leadership. “She has contributed directly to the harmony of the family and the stability of the state of Sarawak,” he stressed. He added Juma’ani’s passing is a great loss not only to his family but also the people of Sarawak. Wan Junaidi and his wife Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi also expressed their sadness and extended their condolences to the Premier. Juma’ani passed away early this morning at the Normah Medical Specialist Centre in Petra Jaya here at the age of 76.
Press Release, 06 January 2025
Potret rasmi terbaharu Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi akan mula diedar kepada umum bermula pada hari Isnin, 16 Disember 2024. Cetakan boleh diperoleh secara percuma di Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri Sarawak. Manakala untuk jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri, boleh mendapatkannya di Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) di Tingkat 7, Bangunan Wisma Bapa Malaysia. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian 082-512514 atau mnfikriat@sarawak.gov.my. Terima kasih.
Press Release, 09 April 2025
The latest official portrait of Her Most Gracious Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi will be made available to the public beginning Monday, 16 December 2024. Printed copies may be obtained free of charge from the Corporate Communications Unit, Office of the Yang di-Pertua Negeri Sarawak, located at the Astana Negeri Sarawak. For state government departments and agencies, copies may be collected from the Protocol, Ceremony and Event Management Unit of Sarawak (UPPANS) on Level 7, Wisma Bapa Malaysia. For further enquiries or additional information, please contact 082-512514 or email mnfikriat@sarawak.gov.my. Thank you.