231 lagi individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Tun Wan Junaidi

Posted on 25 Sep 2025
Source of News: Utusan Borneo

KUCHING: Seramai 231 lagi individu menerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), istiadat yang bermula sekitar jam 11 pagi itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar para penerima dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran awam, pendidikan, keselamatan, industri dan khidmat masyarakat.

Majlis dimulakan dengan penyampaian Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada Hasbilah Mohamad Salleh, Austin James Nieet diikuti 21 penerima yang lain.

Manakala, Tahir Mohd Sharee, Yalin Asan, Abang Iskandar Bolhassan Abang Mihamad Ariif serta 28 penerima lain dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B).

Mejar Kaha Othman, Abdul Rahman Ahmad, Awang Hairil bersama 31 penerima lain pula dianugerahkan Pingat Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S).

Turut diraikan ialah 62 individu bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) termasuk Abang Abdul Rahman Salihin, Baharin@ Arin Saili dan Billy Bibi Ragan.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) pula dianugerahkan kepada 61 penerima termasuk Abang Dzulhanif Abang Sukarno, Abdur Majid Mohamad Yoosof, Abdul Rahman Lsman, Abdul Wahab Venchu Mohamed Yoosoof, Abu Bakar Wahi serta individu lain.

Hadir sama pada majlis itu ialah Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus serta ketua-ketua Jabatan.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 02 Oct 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement