Tun Wan Junaidi dan isteri hadiri Majlis Makan Malam Bersama Pesara Pegawai Polis Komponen Sarawak

Posted on 15 Jan 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

KUCHING:  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi  Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi  menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pesara Pegawai Polis Komponen Sarawak yang berlangsung di Sarawak Club pada malam Selasa.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Astana Negeri Sarawak ketibaan Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah pada jam 7.45 malam  disambut mesra oleh Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri  Mohd. Jamil Johari  bersama isteri Puan Sri Zahrah Seruji, serta rakan-rakan Pesara Pegawai Polis Komponen Sarawak.

Turut hadir mengiringi Tun Pehin Wan Junaidi  dan Toh Puan Fauziah ialah anakanda Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima bersama suami Muhammad Nur Hakeem Yusop, serta Tasnim.

Majlis makan malam ini bukan sahaja menghimpunkan kembali pegawai-pegawai kanan Polis Sarawak yang telah bersara daripada perkhidmatan, malah turut menjadi ruang santai bagi  Tun Wan Junaidi dan rakan-rakan untuk mengimbas kembali pelbagai kenangan suka dan duka sepanjang berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Dalam ucapan alu-aluan  Mohd Jamil beliau mewakili rakan-rakan menyatakan rasa teruja dan berbesar hati dapat menghadiri majlis pada malam ini serta beramah mesra dengan lebih dekat bersama Tun Wan Junaidi.

Beliau dan rakan-rakan turut menzahirkan rasa bangga serta penghargaan terhadap Tun Wan Junaidi sebagai seorang sahabat seperjuangan yang pernah bersama-sama berkhidmat dalam pasukan polis dan kini menggalas amanah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 15 Jan 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement