Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Penutupan Ijtimak Zon Sarawak 2026

Posted on 04 Oct 2026
Source of News: Utusan Borneo Online

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Penutupan Ijtimak Zon Sarawak 2026 di Markas Tabligh Kuching, Surau Darul Muttaqin, Jalan Depo Link di sini, hari ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ketibaan beliau disambut Presiden Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim serta Ahli Syura Jemaah Dakwah Malaysia Maulana Abdul Hamid Chin.

Pada majlis tersebut, Tun Dr Wan Junaidi turut mendengar Bayan Hidayat yang disampaikan Amir Syura Jemaah Dakwah Malaysia Abdullah Chong.

Bayan berkenaan menekankan kepentingan memperkukuh keimanan, meningkatkan amalan soleh dan usaha dakwah selain menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dalam kehidupan seharian.

Ijtimak selama tiga hari yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober itu menghimpunkan kira-kira 6,000 jemaah dari pelbagai wilayah untuk menyertai pengisian ilmu agama, tazkirah, solat berjemaah serta pelbagai aktiviti keagamaan.

Majlis penutupan berakhir dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran atas kelancaran penganjuran Ijtimak Zon Sarawak 2026.

Turut hadir Timbalan Imam Besar Sarawak Mohamad Ihsan Haidzir, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Sarawak Wan Shaifuddin Wan Madihi serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Al-Quran Darul Hana Majlis Islam Sarawak Mohamad Shalahudin Marzuki.



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 05 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement