KUCHING, 23 Sept: Persidangan Antarabangsa Seni Gunaan dan Kreatif (ICACA) Ke-8 2026 memperkukuh peranan seni dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkata, seni gunaan dan kreatif bukan sahaja berperanan dalam memelihara budaya, malah mempunyai sumbangan penting terhadap pembangunan pelbagai bidang.
“Seni gunaan dan kreatif memainkan peranan penting dalam masa depan kerana bukan sahaja membantu memelihara budaya, malah menyumbang kepada pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat.
“Sehubungan itu, persidangan seperti ICACA penting sebagai platform untuk menghimpunkan pelbagai pihak bagi bertukar pandangan, berkongsi ilmu serta membuka peluang kerjasama yang boleh diteruskan selepas persidangan berakhir.
“Dalam ICACA 2026, peserta turut digalakkan untuk memikirkan bukan sahaja tentang apa yang dihasilkan, tetapi juga tujuan dan sebab sesuatu karya itu dihasilkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran International Conference Of Applied And Creative Arts (ICACA) 2026 di Kota Samarahan pada Rabu.
Beliau berkata, penerapan unsur budaya dalam bentuk atau pendekatan baharu perlu mengambil kira asal-usul serta menghargai komuniti yang mewarisinya.
Menurutnya, inovasi dalam bidang seni seharusnya memperkukuh nilai dan makna budaya, bukannya menghakis identiti serta warisan yang terkandung di dalamnya.
ICACA 2026 dianjurkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Institut Seni Indonesia Yogyakarta.
Persidangan itu turut mendapat sokongan berterusan PETRONAS Sarawak serta penaja lain termasuk Majlis Seni Sarawak, Majlis Kraf Sarawak dan BE Sarawak.
Sebanyak 42 pembentangan secara fizikal dan dalam talian ditampilkan menerusi persidangan berkenaan dengan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, China, United Kingdom dan Oman. -TVS
Press Release, 23 September 2026
KUCHING, 23 Sept: Persidangan Antarabangsa Seni Gunaan dan Kreatif (ICACA) Ke-8 2026 memperkukuh peranan seni dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat. Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkata, seni gunaan dan kreatif bukan sahaja berperanan dalam memelihara budaya, malah mempunyai sumbangan penting terhadap pembangunan pelbagai bidang. “Seni gunaan dan kreatif memainkan peranan penting dalam masa depan kerana bukan sahaja membantu memelihara budaya, malah menyumbang kepada pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat. “Sehubungan itu, persidangan seperti ICACA penting sebagai platform untuk menghimpunkan pelbagai pihak bagi bertukar pandangan, berkongsi ilmu serta membuka peluang kerjasama yang boleh diteruskan selepas persidangan berakhir. “Dalam ICACA 2026, peserta turut digalakkan untuk memikirkan bukan sahaja tentang apa yang dihasilkan, tetapi juga tujuan dan sebab sesuatu karya itu dihasilkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran International Conference Of Applied And Creative Arts (ICACA) 2026 di Kota Samarahan pada Rabu. Beliau berkata, penerapan unsur budaya dalam bentuk atau pendekatan baharu perlu mengambil kira asal-usul serta menghargai komuniti yang mewarisinya. Menurutnya, inovasi dalam bidang seni seharusnya memperkukuh nilai dan makna budaya, bukannya menghakis identiti serta warisan yang terkandung di dalamnya. ICACA 2026 dianjurkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Institut Seni Indonesia Yogyakarta. Persidangan itu turut mendapat sokongan berterusan PETRONAS Sarawak serta penaja lain termasuk Majlis Seni Sarawak, Majlis Kraf Sarawak dan BE Sarawak. Sebanyak 42 pembentangan secara fizikal dan dalam talian ditampilkan menerusi persidangan berkenaan dengan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, China, United Kingdom dan Oman. -TVS
Press Release, 18 August 2026
KUCHING, 18 Ogos: Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa merakam perjalanan hidup isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, sebagai isteri, ibu dan tokoh wanita, selain mengabadikan nilai, pengalaman serta warisan kehidupannya. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penerbitan naskhah itu menjadi wahana untuk mengenali Toh Puan Fauziah di sebalik gelaran yang disandang. “Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa bukan sekadar himpunan catatan dan kenangan, tetapi ibarat sekuntum mawar yang mekar. “Buku ini menghimpunkan nilai, pengalaman, keteladanan dan sumbangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang penuh warna, bakti dan makna,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berkenaan di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Isnin. Fatimah berkata, nilai kesederhanaan, ketabahan dan disiplin diri yang membentuk peribadi Toh Puan Fauziah menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat, khususnya wanita di Sarawak. Terdahulu, buku berkenaan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah.
Press Release, 28 September 2026
KUCHING: Head of State Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar and Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi have extended their condolences to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his family following the death of Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dr Siti Hasmah, 100, died at 9.20am today at the National Heart Institute (IJN) in Kuala Lumpur. In a statement issued by Astana Sarawak today, Wan Junaidi and Fauziah expressed appreciation for Dr Siti Hasmah’s contributions to medicine and public health, particularly maternal and child healthcare as well as services to rural communities. They conveyed their condolences to her husband, Dr Mahathir, children and family, and prayed that they would be given strength and fortitude during the difficult time. Both Wan Junaidi and Fauziah also prayed for Allah SWT to forgive her, accept her good deeds and place her soul among the righteous. Dr Siti Hasmah was a medical doctor and among the first Malay women to pursue medical studies at the King Edward VII College of Medicine in Singapore. She graduated from the Faculty of Medicine, University of Malaya, in 1955 and subsequently served in the government health service. She was the first woman appointed as a medical officer in the Maternal and Child Health Department and later became the first woman appointed State Maternal and Child Health Officer in Kedah in 1974. Her work included public health programmes involving maternal and child healthcare, family planning and rural communities. Dr Siti Hasmah married Dr Mahathir in 1956 and served as the wife of the Prime Minister during his two terms in office, from 1981 to 2003 and again from 2018 to 2020.
Press Release, 10 January 2026
KUCHING, 10 Januari – Kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi, memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Pesta Bubur Pedas Sarawak 2026 di Metrocity Matang, Kuching hari ini. Program anjuran Koperasi Perkumpulan Wanita Sarawak Berhad (KOPERWANIS) dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dengan kerjasama Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, bertujuan memartabatkan bubur pedas sebagai warisan kulinari ikonik negeri Sarawak. Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa menyediakan bubur pedas dan beramah mesra bersama ahli KOPERWANIS serta peserta, mencerminkan keprihatinan beliau terhadap usaha memperkasa wanita dan ekonomi komuniti setempat. Penganjuran pesta itu bukan sahaja memelihara warisan makanan tradisional, malah menjadi platform memperkukuh jaringan usahawan wanita serta memperkasa peranan mereka dalam pembangunan sosioekonomi negeri. Para pelajar juga berpeluang memperoleh pengalaman dalam pengurusan komuniti, kerja lapangan, dan tanggungjawab sosial menerusi penglibatan dalam program berkenaan. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bumbu bubur pedas, pertandingan masakan tradisional, serta pertandingan mewarna untuk warga emas dan kanak-kanak. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Press Release, 10 February 2026
LUMUT: Kapal Tempur Pesisir (LCS) ketiga milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sharif Mashor, dilancarkan dalam satu upacara penuh istiadat di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di sini, hari ini. Upacara penamaan dan pelancaran kapal itu disempurnakan oleh Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Nama Sharif Mashor dipilih bagi menghormati tokoh sejarah yang pernah memerintah Sarikei pada pertengahan abad ke-19 dan dikenali atas keberanian serta kepimpinan dalam mempertahankan wilayah. Beliau memainkan peranan penting dalam konflik serantau dan usaha penentangan pada zamannya, sekali gus meninggalkan legasi keazaman, ketahanan dan kebijaksanaan strategik. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, yang membacakan teks ucapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kapal tempur pesisir ketiga ini merupakan kebanggaan negara kerana ia adalah kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. “Proses pembinaan kapal ini bermula dengan majlis perletakan lunas atau keel laying pada 29 November 2017 dan kini sedia dilancarkan. “Kejayaan ini secara tidak langsung mencerminkan keupayaan anak-anak tempatan merealisasikan aspirasi negara untuk bersaing dalam industri berat dan industri pertahanan di peringkat global,” katanya. Tambahnya, pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara baru-baru ini mempamerkan komitmen kerajaan untuk membangunkan industri pertahanan yang mampan melalui penguasaan teknologi, pemerkasaan bakat tempatan serta peningkatan kandungan tempatan dan kerjasama strategik, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada pihak luar. Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain. Kapal-kapal kelas Maharaja Lela yang berasaskan reka bentuk korvet GOWIND oleh Naval Group, Perancis, merupakan kapal perang tercanggih TLDM dan direka untuk operasi maritim pelbagai dimensi. LCS3 telah diluncurkan ke permukaan air secara teknikal di LUNAS pada 31 Januari 2026 bagi menjalani pengujian dan penyempurnaan sistem sebelum memasuki fasa operasi. Sementara itu, LCS1 telah memulakan Pelayaran Laut Pertama pada 28 Januari 2026, sekali gus membuktikan kemajuan berstruktur Program LCS.
Press Release, 02 October 2026
TEMPLATE SCHEME OF CONGRATULATORY ARTWORK FOR HIS EXCELLENCY YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2026 OFFICIAL'S BIRTHDAY Please click HERE to to get the template for:
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026