‘Mawar Astana Mekar di Jiwa’ rakam perjalanan hidup Toh Puan Fauziah

Posted on 18 Aug 2026
Source of News: TVS

KUCHING, 18 Ogos: Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa merakam perjalanan hidup isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, sebagai isteri, ibu dan tokoh wanita, selain mengabadikan nilai, pengalaman serta warisan kehidupannya.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penerbitan naskhah itu menjadi wahana untuk mengenali Toh Puan Fauziah di sebalik gelaran yang disandang.

“Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa bukan sekadar himpunan catatan dan kenangan, tetapi ibarat sekuntum mawar yang mekar.

“Buku ini menghimpunkan nilai, pengalaman, keteladanan dan sumbangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang penuh warna, bakti dan makna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berkenaan di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Isnin.

Fatimah berkata, nilai kesederhanaan, ketabahan dan disiplin diri yang membentuk peribadi Toh Puan Fauziah menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat, khususnya wanita di Sarawak.

Terdahulu, buku berkenaan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah.
 



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 02 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement