TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Delegasi Inns of Court Malaysia (ICM)

Posted on 13 Jan 2025
Source of News: Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak
 


TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Delegasi Inns of Court Malaysia (ICM)
KUCHING, 11 Januari 2025 – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Inns of Court Malaysia (ICM) di Astana Negeri Sarawak pada jam 11:00 pagi.

Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Tun Ariffin Zakaria, Presiden ICM merangkap Mantan Ketua Hakim Negara. Turut hadir ialah Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Timbalan Presiden ICM; YA Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril, Naib Presiden ICM dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia; YA Mary-Ann Ooi Suan Kim; Profesor Dr. Jason Chuah Chin Tik; YA Tan Kee Heng; Datuk Seri Lim Hock Seng; YA Leonard David Shim, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching; serta YA Wong Siong Tung, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluasan aktiviti dan inisiatif ICM ke Malaysia Timur, khususnya di Sarawak dan Sabah. Perbincangan melibatkan cadangan penganjuran seminar, perkongsian ilmu perundangan, dan pertukaran idea bagi memperkukuh kefahaman, jaringan profesional, serta pembangunan kapasiti dalam bidang kehakiman.

Tun Pehin Sri menghargai komitmen dan usaha ICM dalam memperluaskan program ke Malaysia Timur. Beliau berharap inisiatif ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan sistem kehakiman di Sarawak dan Sabah, sekaligus menyumbang kepada kemajuan serta pemerkasaan institusi perundangan negara secara keseluruhan.

-TAMAT-
Foto: Astana Negeri Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 03 Jul 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement