KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa hujung minggu untuk mengunjungi Pasar Raya Emart Batu Kawa, hari ini.
Kunjungan ini merupakan pengalaman pertama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ke pasar raya berkenaan, meskipun sering mendengar tentangnya daripada anak-anak. Dalam lawatan tersebut, Tun Wan Junaidi turut membeli barangan persediaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026. Anaknya, Sharifah Fariah, turut bersama dalam kunjungan ini.
Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pengarah Pengurusan Emart Group, Ngu Ting Sii, bersama barisan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan syarikat. Sepanjang berada di premis berkenaan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengambil kesempatan beramah mesra serta berinteraksi dengan para pengunjung yang hadir, khususnya orang ramai yang memanfaatkan hujung minggu untuk membeli-belah.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meninjau medan selera Emart yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Suasana yang meriah dengan kehadiran pengunjung mencerminkan peranan pasar raya tersebut sebagai salah satu tumpuan masyarakat setempat.
Dalam kesempatan itu, ramai pengunjung turut mengambil peluang untuk bergambar bersama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah.
Tun Wan Junaidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Emart Group atas layanan yang baik, mesra dan profesional sepanjang kunjungan ini.
Press Release, 18 January 2026
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meluangkan masa hujung minggu untuk mengunjungi Pasar Raya Emart Batu Kawa, hari ini. Kunjungan ini merupakan pengalaman pertama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ke pasar raya berkenaan, meskipun sering mendengar tentangnya daripada anak-anak. Dalam lawatan tersebut, Tun Wan Junaidi turut membeli barangan persediaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026. Anaknya, Sharifah Fariah, turut bersama dalam kunjungan ini. Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pengarah Pengurusan Emart Group, Ngu Ting Sii, bersama barisan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan syarikat. Sepanjang berada di premis berkenaan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengambil kesempatan beramah mesra serta berinteraksi dengan para pengunjung yang hadir, khususnya orang ramai yang memanfaatkan hujung minggu untuk membeli-belah. Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meninjau medan selera Emart yang menawarkan pelbagai pilihan makanan. Suasana yang meriah dengan kehadiran pengunjung mencerminkan peranan pasar raya tersebut sebagai salah satu tumpuan masyarakat setempat. Dalam kesempatan itu, ramai pengunjung turut mengambil peluang untuk bergambar bersama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah. Tun Wan Junaidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Emart Group atas layanan yang baik, mesra dan profesional sepanjang kunjungan ini.
Press Release, 17 January 2026
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengunjungi Emart Baru Kawa di sini, hari ini. Kunjungan untuk membeli barangan keperluan dapur itu turut ditemani anak sulung mereka, Sharifah Fariah Tun Wan Junaidi. Difahamkan, aktiviti membeli barangan dapur sendiri merupakan rutin yang diamalkan oleh pasangan itu bagi memastikan keperluan harian yang dipilih sentiasa segar dan berkualiti. Antara barangan yang dibeli termasuk buah mandarin, limau bali, pelbagai jenis sayur-sayuran serta barangan keperluan lain. Pada masa sama, Tun Wan Junaidi dan isteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai. Kehadiran mereka disambut mesra oleh para pengunjung, dengan ramai yang mengambil kesempatan berswafoto sebagai kenangan. Kunjungan tersebut turut diiringi pegawai Astana Negeri, Pengarah Urusan Emar Group of Companies Ngu Ting Sii serta pegawai-pegawai berkaitan. Selepas selesai membeli-belah, Tun Wan Junaidi dan isteri menjamu selera makan tengah hari di CitoC2 Food Court yang baru dibuka di Emart Baru Kawa. Medan selera berkonsep moden itu menempatkan 25 gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan dan antarabangsa, termasuk hidangan autentik Sarawak, masakan Asia, hidangan Barat, pencuci mulut, aneka snek serta pilihan kopi istimewa di bawah satu bumbung.
Press Release, 16 October 2025
KUCHING (Oct 16): Astana Negeri Sarawak has firmly denied the authenticity of two viral social media posts circulating on TikTok and Facebook that misused the official name, image, and emblem of the Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. In a statement shared via the official Facebook page Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Astana said preliminary investigations revealed that a TikTok account under the name Datuk Abdul Zulaiman had uploaded manipulated images of Wan Junaidi’s wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. The doctored video, believed to have been generated using artificial intelligence (AI), falsely depicted Toh Puan Fauziah speaking and offering financial assistance, while encouraging viewers to contact a number listed in the post. At the same time, a Facebook account under the name Matthew Rudy was also found to have misused the official Astana logo and published suspicious content featuring unidentified individuals for unclear purposes.
Press Release, 15 January 2026
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pesara Pegawai Polis Komponen Sarawak yang berlangsung di Sarawak Club pada malam Selasa. Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Astana Negeri Sarawak ketibaan Tun Wan Junaidi Toh Puan Fauziah pada jam 7.45 malam disambut mesra oleh Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd. Jamil Johari bersama isteri Puan Sri Zahrah Seruji, serta rakan-rakan Pesara Pegawai Polis Komponen Sarawak. Turut hadir mengiringi Tun Pehin Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ialah anakanda Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima bersama suami Muhammad Nur Hakeem Yusop, serta Tasnim. Majlis makan malam ini bukan sahaja menghimpunkan kembali pegawai-pegawai kanan Polis Sarawak yang telah bersara daripada perkhidmatan, malah turut menjadi ruang santai bagi Tun Wan Junaidi dan rakan-rakan untuk mengimbas kembali pelbagai kenangan suka dan duka sepanjang berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam ucapan alu-aluan Mohd Jamil beliau mewakili rakan-rakan menyatakan rasa teruja dan berbesar hati dapat menghadiri majlis pada malam ini serta beramah mesra dengan lebih dekat bersama Tun Wan Junaidi. Beliau dan rakan-rakan turut menzahirkan rasa bangga serta penghargaan terhadap Tun Wan Junaidi sebagai seorang sahabat seperjuangan yang pernah bersama-sama berkhidmat dalam pasukan polis dan kini menggalas amanah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Press Release, 15 January 2026
KUCHING (Jan 14): Retired police officers are valuable community assets whose experience and service have played a vital role in shaping Sarawak’s peace and stability, said Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. He said their contributions, especially during challenging periods such as the communist insurgency era, laid an important foundation for the security, harmony and prosperity enjoyed by Sarawak today. He highlighted this in a social media post after attending a dinner with retired senior police officers from the Sarawak contingent at the Sarawak Club on Tuesday, together with his wife Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Also present were former Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Jamil Johari and his wife Puan Sri Zahrah Seruji. In his welcoming remarks, Mohd Jamil, speaking on behalf of the retirees, said they were honoured by Wan Junaidi’s presence and pleased to have the opportunity to engage closely with him. He and the other retirees also expressed pride and appreciation for Wan Junaidi as a former colleague who had served alongside them in the police force before going on to shoulder the responsibility as Yang di-Pertua Negeri of Sarawak. During the gathering, Wan Junaidi and the retired officers exchanged stories and experiences from their policing days, reflecting on the challenges faced and the camaraderie forged throughout their service. Wan Junaidi also recorded his appreciation to all those who attended and took the time to strengthen long-standing ties of friendship. He and his wife prayed that the retired officers would continue to be blessed with good health, lasting well-being and peace.
Press Release, 16 January 2026
KUCHING, 16 Januari - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dri. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pongal kepada masyarakat India, khususnya di Sarawak dan di seluruh Malaysia, sempena perayaan yang disambut dari 14 Januari hingga 17 Januari ini. TYT Tun Pehin Sri menegaskan bahawa Hari Pongal merupakan perayaan kebudayaan yang menzahirkan nilai kerja keras, disiplin dan tanggungjawab sosial, serta mencerminkan kepentingan menghargai usaha dan sumbangan setiap lapisan masyarakat dalam pembangunan negeri dan negara. Beliau menasihatkan agar sambutan Hari Pongal diraikan secara berhemah, mematuhi undang-undang serta norma masyarakat, dan tidak disalahgunakan sehingga menjejaskan keharmonian awam, sebaliknya dijadikan platform untuk memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan kestabilan sosial demi kesejahteraan bersama. -TAMAT- Dikeluarkan: Astana Sarawak
Press Release, 14 January 2026
KUCHING, 14 Januari – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi, menzahirkan doa dan harapan atas perkhabaran bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini. TYT Tun dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Baginda Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik serta agar proses pembedahan dan pemulihan berjalan dengan lancar. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, serta terus memerintah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi kesejahteraan negara dan keamanan serantau, ujar TYT Tun. TYT Tun turut mendoakan agar segala urusan perubatan serta pemulihan Baginda Tuanku dipermudahkan dan dilimpahi kesejahteraan serta keberkatan daripada Allah SWT. Ameen ya Rabbal ‘Alamin. Dikeluarkan: Astana Sarawak