Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan surah Yaasin yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Acara diteruskan dengan alunan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Kuching, diikuti bacaan doa kesyukuran oleh Imam Besar Sarawak serta solat fardu Isyak.
Tun Dr Wan Junaidi kemudiannya turut menikmati jamuan makan malam bersama tetamu dan jemaah di pekarangan masjid. Majlis kesyukuran berkenaan merupakan antara pengisian sambutan perayaan yang diadakan sempena Hari Lahir TYT Ke-80 yang berlangsung sehingga 11 Oktober ini.
Antara lain termasuk Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Kompleks UNIFOR pada 9 Oktober di samping kemuncak sambutan menerusi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa serta Konsert Rakyat pada 10 Oktober di Padang Merdeka nanti.
Dalam pada itu, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak turut diadakan di Dewan Istiadat Astana Negeri Sarawak.
Pada sebelah malam, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Sambutan empat hari itu akan diakhiri Jamuan Teh di Hotel Pullman. – TVS
Press Release, 08 October 2026
KUCHING, 8 Okt: Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Majlis Kesyukuran Sempena Hari Lahir TYT Ke-80 di Masjid Jamek di sini, malam ini. Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anaknya, Dayang Norjihan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta dif-dif kenamaan lain. Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan surah Yaasin yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Acara diteruskan dengan alunan zikir marhaban oleh Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Kuching, diikuti bacaan doa kesyukuran oleh Imam Besar Sarawak serta solat fardu Isyak. Tun Dr Wan Junaidi kemudiannya turut menikmati jamuan makan malam bersama tetamu dan jemaah di pekarangan masjid. Majlis kesyukuran berkenaan merupakan antara pengisian sambutan perayaan yang diadakan sempena Hari Lahir TYT Ke-80 yang berlangsung sehingga 11 Oktober ini. Antara lain termasuk Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Kompleks UNIFOR pada 9 Oktober di samping kemuncak sambutan menerusi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa serta Konsert Rakyat pada 10 Oktober di Padang Merdeka nanti. Dalam pada itu, Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak turut diadakan di Dewan Istiadat Astana Negeri Sarawak. Pada sebelah malam, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Sambutan empat hari itu akan diakhiri Jamuan Teh di Hotel Pullman. – TVS
Press Release, 04 October 2026
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Penutupan Ijtimak Zon Sarawak 2026 di Markas Tabligh Kuching, Surau Darul Muttaqin, Jalan Depo Link di sini, hari ini. Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), ketibaan beliau disambut Presiden Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim serta Ahli Syura Jemaah Dakwah Malaysia Maulana Abdul Hamid Chin. Pada majlis tersebut, Tun Dr Wan Junaidi turut mendengar Bayan Hidayat yang disampaikan Amir Syura Jemaah Dakwah Malaysia Abdullah Chong. Bayan berkenaan menekankan kepentingan memperkukuh keimanan, meningkatkan amalan soleh dan usaha dakwah selain menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dalam kehidupan seharian. Ijtimak selama tiga hari yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober itu menghimpunkan kira-kira 6,000 jemaah dari pelbagai wilayah untuk menyertai pengisian ilmu agama, tazkirah, solat berjemaah serta pelbagai aktiviti keagamaan. Majlis penutupan berakhir dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran atas kelancaran penganjuran Ijtimak Zon Sarawak 2026. Turut hadir Timbalan Imam Besar Sarawak Mohamad Ihsan Haidzir, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Sarawak Wan Shaifuddin Wan Madihi serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Al-Quran Darul Hana Majlis Islam Sarawak Mohamad Shalahudin Marzuki.
Press Release, 01 October 2026
KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru sejarawan dan penyelidik supaya mempergiat usaha mengumpul, mendigitalkan serta menerbitkan bahan sejarah berkaitan Sarawak. Beliau berkata sejarah itu perlu berasaskan fakta dan undang-undang, bukannya rekaan populis politik atau sesuatu yang dicipta pemimpin berdasarkan naluri politik. “Sejarah ialah latihan untuk berfikir, mencari bukti, menilai kebenaran dan memahami manusia. “Dalam dunia dipenuhi maklumat segera dan tafsiran yang mudah diputar belit, disiplin sejarah mengajar kita supaya berhati-hati sebelum membuat kesimpulan serta bersikap adil terhadap sumber,” katanya. Wan Junaidi berkata demikian ketika berucap pada majlis Syarahan Negarawan yang bertajuk Menulis Semula Sejarah Sarawak dari Perspektif Kearifan Tempatan di sini hari ini. Beliau berkata sejarah yang ditulis dengan jujur dapat membantu masyarakat memahami bahawa Sarawak dibina oleh pelbagai kaum, agama, bahasa dan wilayah. Selain itu, beliau menggesa pihak universiti, muzium, arkib, perpustakaan, sekolah, persatuan sejarah, badan kebudayaan, komuniti tempatan dan keluarga yang menyimpan dokumen lama untuk bekerjasama dalam usaha memelihara sumber sejarah. “Setiap surat, gambar, cerita dan manuskrip yang tersimpan mungkin mengandungi kunci kepada satu bab sejarah yang belum ditulis. “Sejarah sebagai ilmu mesti melalui proses penyelidikan teliti dengan menggunakan pelbagai sumber, termasuk sumber tempatan. Selepas itu, barulah sejarah wajar ditulis dan diterbitkan oleh warga kita sendiri,” katanya. -- BERNAMA
Press Release, 23 September 2026
KUCHING, 23 Sept: Persidangan Antarabangsa Seni Gunaan dan Kreatif (ICACA) Ke-8 2026 memperkukuh peranan seni dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat. Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkata, seni gunaan dan kreatif bukan sahaja berperanan dalam memelihara budaya, malah mempunyai sumbangan penting terhadap pembangunan pelbagai bidang. “Seni gunaan dan kreatif memainkan peranan penting dalam masa depan kerana bukan sahaja membantu memelihara budaya, malah menyumbang kepada pendidikan, pelancongan, inovasi, ekonomi kreatif dan kesejahteraan masyarakat. “Sehubungan itu, persidangan seperti ICACA penting sebagai platform untuk menghimpunkan pelbagai pihak bagi bertukar pandangan, berkongsi ilmu serta membuka peluang kerjasama yang boleh diteruskan selepas persidangan berakhir. “Dalam ICACA 2026, peserta turut digalakkan untuk memikirkan bukan sahaja tentang apa yang dihasilkan, tetapi juga tujuan dan sebab sesuatu karya itu dihasilkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran International Conference Of Applied And Creative Arts (ICACA) 2026 di Kota Samarahan pada Rabu. Beliau berkata, penerapan unsur budaya dalam bentuk atau pendekatan baharu perlu mengambil kira asal-usul serta menghargai komuniti yang mewarisinya. Menurutnya, inovasi dalam bidang seni seharusnya memperkukuh nilai dan makna budaya, bukannya menghakis identiti serta warisan yang terkandung di dalamnya. ICACA 2026 dianjurkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah dan Institut Seni Indonesia Yogyakarta. Persidangan itu turut mendapat sokongan berterusan PETRONAS Sarawak serta penaja lain termasuk Majlis Seni Sarawak, Majlis Kraf Sarawak dan BE Sarawak. Sebanyak 42 pembentangan secara fizikal dan dalam talian ditampilkan menerusi persidangan berkenaan dengan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, China, United Kingdom dan Oman. -TVS
Press Release, 18 August 2026
KUCHING, 18 Ogos: Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa merakam perjalanan hidup isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, sebagai isteri, ibu dan tokoh wanita, selain mengabadikan nilai, pengalaman serta warisan kehidupannya. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penerbitan naskhah itu menjadi wahana untuk mengenali Toh Puan Fauziah di sebalik gelaran yang disandang. “Buku Mawar Astana Mekar di Jiwa bukan sekadar himpunan catatan dan kenangan, tetapi ibarat sekuntum mawar yang mekar. “Buku ini menghimpunkan nilai, pengalaman, keteladanan dan sumbangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang penuh warna, bakti dan makna,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berkenaan di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Isnin. Fatimah berkata, nilai kesederhanaan, ketabahan dan disiplin diri yang membentuk peribadi Toh Puan Fauziah menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat, khususnya wanita di Sarawak. Terdahulu, buku berkenaan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah.
Press Release, 02 October 2026
TEMPLATE SCHEME OF CONGRATULATORY ARTWORK FOR HIS EXCELLENCY YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2026 OFFICIAL'S BIRTHDAY Please click HERE to to get the template for the congratulatory artwork:
Press Release, 02 October 2026
Ikuti perjalanan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah binti Mohd Sanusi sebagai seorang isteri yang setia mendampingi suami, ibu yang penyayang serta tokoh wanita yang aktif berbakti kepada masyarakat. Dapatkan e-book Mawar Astana Mekar Di Jiwa secara PERCUMA melalui dua cara mudah: 1. Klik pautan - https://astanasarawak.com 2. Imbas kod QR yang tertera pada poster. Hayati kisah kekeluargaan, kasih sayang, ketabahan dan pengorbanan beliau yang penuh inspirasi. Imbas sekarang dan mulakan bacaan anda! Dikeluarkan oleh: Astana Sarawak
Press Release, 02 March 2026
Did You Know? Department of Statistics Malaysia (DOSM) will conduct the Economic Census 2026 (BE2026). BE2026 is the sixth economic census, implemented every five years since 2000. The census aims to collect comprehensive data covering all economic activities in the country, including the wholesale and retail trade sectors. The implementation of BE2026 also covers business establishments as well as non-profit organisations. The data collected will serve as a vital reference to support more effective and sustainable national development planning. For more information, please visit the official Facebook page of the Department of Statistics Malaysia or access through the links below: Introduction to BE2026 Implementation of BE2026 Operations Objectives of BE2026