Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Posted on 19 Jan 2026
Source of News: Utusan Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gapola Menon di kediamannya di sini, hari ini.

Kehadiran beliau bertemu Tun Wan Junaidi untuk memaklumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan pejabat konsul Singapura di Sarawak.

Difahamkan, pejabat konsul Singapura masih lagi mencari lokasi strategik dan akan dilakukan pra-pembukaan pada waktu terdekat.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi dan Vano Gapula turut membincangkan bagaimana untuk meningkatkan industri pelancongan antara kedua-dua pihak yang mampu memberi manfaat secara dua hala.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia Dato Fenny Nuli.

 
 


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 19 Jan 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement