Tun Wan Junaidi melawat Triso dan Sebuyau

Posted on 02 May 2026
Source of News: TVS

SEBUYAU, 2 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini melawat Triso dan Sebuyau.

Rombongan Tun Wan Junaidi berangkat menggunakan bot persiaran ‘Damai Princess’ dari Terminal Penumpang Kuching menuju ke Jeti Perikanan Triso.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan isteri disambut Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Datuk Razaili Gapor dan Residen Betong, Datu Richard Michael Abunawas.

Lawatan Kembara D’Astana bermula di Tanah Perkuburan Kampung Triso dan turut diselitkan bacaan tahlil ringkas serta bacaan doa arwah untuk Allahyarham Tun Anis Tuanku Bujang, Allahyarhamhamah Sharifah Ibon Tuanku Anis, Allahyarham Abang Sibo Abang Draup serta Allahyarham Abang Atep Abang Sibo.

Seterusnya, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah berangkat meninjau tapak rumah lama (tempat kelahiran Tun) dan tapak telaga lama dan kemudian singgah di kediaman KK Awang Mos Sulaiman.

Waktu tengah hari, Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bergerak ke Masjid Al-Muhajirin Kampung Triso bagi menunaikan Solat Fardu Zohor.

Selesai solat, Tun Wan Junaidi dan isteri menghadiri majlis makan tengahari bersama ahli keluarga dan masyarakat Kampung Triso.

Program lawatan Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah diteruskan ke Sebuyau pada sebelah petang.-TVS



Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 06 May 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement