DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-79

Posted on 11 Oct 2025
KUCHING, 11 Oktober – YBhg. Dato’ Sri Haji Syed Hamzah bin Syed Paie, Setiausaha Sulit Kanan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, bersama seluruh warga Astana Negeri Sarawak, dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan Dirgahayu sempena Hari Lahir ke-79 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar. 

Sempena ulang tahun kelahiran rasmi ini, YBhg. Dato' Sri Haji Syed Hamzah bin Syed Paie serta seluruh warga Astana menzahirkan penghargaan atas kepimpinan TYT Tun Pehin Sri sebagai Ketua Negeri Sarawak, yang menjadi simbol perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Warga Astana turut mendoakan agar TYT Tun Pehin Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berkekalan, serta kebahagiaan bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi dan keluarga tercinta.

Semoga di bawah naungan kepimpinan TYT Tun Pehin Sri serta iltizam dan kebijaksanaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, negeri Sarawak terus melangkah maju ke arah kemakmuran, kestabilan dan masa depan yang lebih gemilang.

Dirgahayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar!

-TAMAT-
Dikeluarkan oleh: Astana Negeri Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 16 Oct 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement