TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK SERTA ISTERI ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI IBU

Posted on 10 May 2026
KUCHING, 10 Mei – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu yang sentiasa menjadi sumber kasih sayang, kekuatan dan pengorbanan dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Seorang ibu merupakan insan yang amat berjasa dalam membesarkan, mendidik dan membimbing anak-anak dengan penuh kesabaran serta keikhlasan. Segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu, sama ada dalam suka mahupun duka, merupakan jasa yang amat besar dan tidak ternilai harganya dalam membentuk keluarga yang harmoni dan sejahtera, zahir TYT Tun.

Menurut TYT Tun, sambutan Hari Ibu sewajarnya menjadi medan untuk seluruh masyarakat menzahirkan penghargaan dan kasih sayang kepada insan yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga. TYT Tun dan YABhg. Toh Puan turut mendoakan agar seluruh ibu sentiasa dikurniakan keafiatan, ketenangan jiwa serta dilimpahi rahmat dan keberkatan yang berpanjangan oleh Allah SWT.

-TAMAT-
Dikeluarkan: Astana Sarawak


Newspaper

Copyright © 2025 Astana Negeri Sarawak
Last Updated On 13 May 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11.45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Office Closed
image Polls
image Announcement